Kecantikan yang abadi terletak
pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah
dan pakaiannya. (Hamka).
Yang
meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
Adab dan
sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).
Mahkota adab
dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna
dan mutu manikam.( Budiman ).
Kata-kata
yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (
(Hamka).
Bertambah
kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan
hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).
Pergaulan
mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul
dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
(Hamka).
Sifat utama
pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
Undang-undang
adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal
membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah
murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
Di dalam
medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada
yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang
berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).
Kata
Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana
ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat
kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
Mengikut adab
kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah
yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
Orang beradab
pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai
dengan keyakinan itu. (Hamka).
Sesungguhnya
orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak
dan adab sopannya.
( Maksud hadis ).
Kata hikmat Adat
Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka).
Kata hikmat Adat
Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka).
Habis
adat kerana kerelaan. ( Pepatah Melayu).
Adat
juara berkalah menang. ( Pepatah Melayu).
Adat
hidup tolong-menolong, dunia balas-membalas dan adat syariat palu-memalu..
(Pepatah Melayu).
Kata hikmat Adil
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya.
( Hamka).
Berani
menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala
keberanian. ( Hamka ).
Yang
benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan
adalah sama. ( Hamka).
Berkisar
dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan
diri sendiri. ( Hamka ).
Keadilan
itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar
Al-Khatab).
Adil
dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah
memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah
dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri
ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).
Keadilan
yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang
empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.
( Hukama ).
Membalas
kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan
melambatkannya bernama aniaya.
( Hukama).
Kata hikmat Agama
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
Perhatian
kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang
sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama
sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak
mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
Agama
tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama
tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.
( Hamka).
Maksud
agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan
menimbang. ( Hamka).
Tiga
sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati
suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar
dan jujur.
( Hamka
).
Kepercayaan
kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang
adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.
( Hamka).
Seseorang
mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang
lain.
( maksud hadis ).
Kepercayaan
agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam
alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah
yang paling mulia. ( Hamka ).
Orang
yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya
berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal
soleh.
(ulama).
Sifat
pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
Walaubagaimanapun
alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi
ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
Teman
manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina
Ali Abi Talib).
Lebih
sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina
Ali Abi Talib).
Dada
orang berakal itu ialah peti rahsianya.
( Saidina Ali Abi Talib).
Akal yang
sihat daripada badan yang sihat.
( Lidah pendeta ).
Akal
membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada
kehancuran.
( Hamka ).
Akal
ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak
diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun.
( Hamka).
Salah
satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan
menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).
Hawa
nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju
keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh
menimbang. ( Hamka ).
Kata hikmat anak.
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga.
( Hamka).
Peliharalah
anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu
adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).
Apabila mati
seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah
jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.
( Maksud
hadis ).
Anak yang
ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah
Melayu).
Sewaktu kecil
anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan
harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya.
( Hamka).
Ikhlas dan
sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya
senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).
kata hikmat bahagia.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.
( Imam
Al-Ghazali ).
Bahagialah
orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan
menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).
Tahan
menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.
( Hamka ).
Kenal
akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah
bahagia. ( Hamka ).
Bahagia
sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara
berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).
Berbahagialah
orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. (
Maksud hadis ).
Perluaskanlah
bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan
sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang
menjahanamkan diri anda.
Anggaplah
dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang
menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
Anda
perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada
orang lain.
Bersyukur
dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain
dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
Anda
hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang
menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.
Bersyukur
dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali
berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang
tidak anda miliki sekarang.
Barangsiapa
yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,nescaya terlepaslah dia daripada ditipu
oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ).
Dalam
seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus
diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima baris.
(Hamka)
Mengatur
bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa,beerti
menumbuhkan fikiran bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir)
Bahasa tidak
boleh dijual beli. (peribahasa).
Sifat baik
ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).
Hendaklah
selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. ( maksud hadis).
Hasut itu
memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis).
Penonton
sering melihat lebih baik daripada yang bermain. (Francis Becon).
Kita harus
yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.
(Hamka).
Cita-cita dan
niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk
melaksanakannya.
Bangsa yang
memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah
melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah
sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu
dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan
batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka).
Bangsa yang
ingin maju mestilah memajukan bahasanya.
Bangsa
penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat
yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).
Tiada
kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan
di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu
ialah orang yang bertakwa. ( maksud hadis).
Bangsa Rom
pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kep
uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang
ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .Ketika itu
mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka
tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan)
"Wahai
manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki
dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan
berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain.Sesungguhnya
orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dan Menyelidiki. ( Maksud ayat al-Quran 49:13)
kata hikmat benar.
Benar jadi berani. (pepatah China)
kata hikmat benar.
Benar jadi berani. (pepatah China)
Menyebut
yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
Orang
yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu
akan mentertawakannya juga. (Hamka)
Kesusahan
adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)
Benar
tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain)
Katakan
yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)
Wahai
saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak
keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak.
(Saidina
Ali)
Berani
kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).
Benar
akan menang.
Tidak ada
yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
Kebenaran
tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).
Tidak
semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu
benar. ( Hamka).
Yang
menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling
berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).
Tiga
rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan
pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia
mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki (hamka).
Manusia
mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)
Katakanlah
yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. (
Hamka)
Kesombongan tidak dapat
bertahan di hadapan kesombongan.( Hamka)
Yang
benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).
Orang
yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).
kata hikmat kalau
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)
kata hikmat kalau
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)
Kalau
banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.Jalan yang baik mengelakkan
kesilapan ialah membuat tidak tahu.(Jean Jacques Rousseau).
Kalau
kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan
memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).
Kalau
kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).
Kalau
banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati.
Kalau dua
orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.(peribahasa Inggeris).
Kalau
engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).
Kalau
bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan.(peribahasa Arab).
Hati-hatilah
kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab).
Kalau
besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang
jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali).
Kalaulah
ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia
ini.(pendeta).
Kalau
takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).
Kalau
tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan
hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau taida kesakitan,orang tidak mempunyai
keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka).
Kalau
petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa daripada sebarang
gangguan,itulah orang yang bahagia.(zaid)
Kalau
sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,di belakangnya terdapat ramai orang
bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(Beng Cu).
Kalau
engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin beroleh
syurga dunia sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat
ini ialah kawan bahagia.(saidina Ali).
Kalau
nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak demam,tidak
dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang
kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).
Kalau
hendak beroleh kemerdekaan fikiran,hendaklah biasakan hidup melarat,sengsara
dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.Tetapi kalau engkau hendak mencapai
kemerdekaan untuk diri sendiri dan bangsamu,hendaklah engakau biasakan bersikap
tabah menempuh perjuangan.(Voltaire).
Kalau
pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat taat dan tunduk
kepadanya,maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,yakni hendaklah
pemerintah berlaku adil atas rakyat.(Muhammad Abduh).
Kalu
hendak memperbaiki karangan,adakan peraturan dalam fikiran.(buffon).
Kalau
hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh dalam
karangan,menulislah dengan sederhana.(Hohenemser).
Kalau
kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius).
Kalau
tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang sebenar,itu tandanya
bahawa sesuatu perkara tidak berhasil.
Kalau
kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di
tengah orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,jaga
perangaimu.(lukmanul hakim).
Jika
nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan
melaksanakannya.(Hamka).
Jikalau
orang perlu kawan,dia akan mengambil setiap orang yang mahu menolongnya,soal
siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)
Kalau
kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah
Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan
memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).
Kalau
engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula
bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab).
Kalau hendak
orang lain menyimpan rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri.
Kalau
orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,tetapi jika orang membenci
anda,dia akan membuat anda ketawa.
Kalau
kita membenci orang,orang akan membenci kita.
Kalau
kurang pada rupa jangan kurang pada budi.
Kalau
orang sakit memikirkan nyawanya,orang sihat akan memikirkan wangnya.
Kalau
kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu.
Kata hikmat Keindahan.
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.
Kata hikmat Keindahan.
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.
Memerhatikan
keindahan alam itu menambah harga diri.
Hasad
dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun
keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.
Alangkah
indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika
kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.
Letak
keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek.
Bacaan
Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam agama pun
ada seni suara.
Allah
amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya.
Perhiasan
timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas
meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.
Berhiaslah
ketika ke masjid.Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.Tetapi jangan
berlebih-lebihan.
Seni
adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat
disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari
yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.
Sesungguhnya
Allah itu indah,suka akan keindahan.
Perhiasan
adalah barang indah.Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.
Sikap
yang kasar adalah lantaran jiwa yang ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan.
Jika
seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya
kelihatan indah.
kata hikmat Islam.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
kata hikmat Islam.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah
Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau
negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman
adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti
dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Perbezaan
kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah
tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.
Agama
Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin
bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.
Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Orang yang
membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.
Hendaklah
kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu
memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.
Melakukan
kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan
turut merosakkan diri sendiri.
Sejahat-jahat
manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana
lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.
Menolong
orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang
tersepit.’
Sesiapa yang
berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.
Manusia yang
hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan
manusia yang bersifat jahat.
Orang yang
membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah
melakukan kejahatan yang amat keji.
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.
Jangan
membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita
sukai.
Jangan
bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu dan
jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci padamu.
Orang
yang bercita-cita dan berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang
besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau
cita-cita.
Dalam
dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila
dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan
pengorbanan yang banyak.
Orang
yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita
yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia
itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Jangan
engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab
seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan
,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.
Orang
yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita
membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita
hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya
disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita
tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Kata hikmat sahabat.
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Kata hikmat sahabat.
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan
basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
Apabila
temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana
sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian
lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk
orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila
engakau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya
marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan
rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka
ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah
yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag
yang akau tidak malu kepadanya.
Kalau
enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan
memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan
adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada
setiap zaman.
Manusia
yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling
lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Brang
siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka
seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki
daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah
mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa
daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
Sahabat
sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan
orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
Teama-teman
kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan
kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji
sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan
menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu
pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat
yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat
yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa
mengingatkan kita.
Anjing
yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat
dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada
tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat
sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh
dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila
datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah
dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat
jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya
kepada sahabat.
Supaya
engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan
menjadi sahabat orang.
Sahabatmu
suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila
orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia
sanggup membuka matanya.
Musuhmu
adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan
ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling
mencontohi.
kata hikmat saudara.
Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.
Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.
Tidak
sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia
mencintai dirinya sendiri.
Kedua
orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
Bersedekah
kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada
kaum kerabat itu beerti du sedekah,iaitu bersedekah dan mengutakan hubungan
persaudaraan.
Di sana
ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan
kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang
diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan
tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.
Diantara
sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda
ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling
digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
Tidaklah
halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.
Allah
merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.
Keindahan
dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah keserderhaan.
Jangan
terlalau boros mengelurakan pendapat,sederhana memulai atau menjawab.Susun
baik-baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat besar muslihatnya di
dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.
Kata hikmat senyum dan tawa.
Kata hikmat senyum dan tawa.
Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Dengan senyum,ke manapun kita pergi,bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.
Tidak ada
urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
Senyumlah,supaya
alam turut tersenyum kepada anda.
Senyuman
itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.
Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.
Si
pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat.Itu
adalah perangai nafsu yang hina.
Ketakutan
adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup.
Rasa
takut adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup.Apabila
telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi.
Yang palaing ditakuti ialah maut.
Orang
yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba
kemampuannya,menyerah sebelum berjuang.
Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah.
Seorang
yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta
yang belum tentu orang hendak memberikannya.
Sesunguhnya
Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang usahaku.
Janganlah
kamu hanya berdoa"Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu
rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan
hujan emas dan perak.
Pekerjaan
seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang lelaki daripada
perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki.
kata hikmat Masa
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Orang
yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
Masa itu
umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.
Masa yang
lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa
melawat kamuApbila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,birakanlah,maka wajib
atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan
kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment