SISTEM
OTOT
Manusia direka untuk
bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem
rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.
Komponen
Sistem Rangka
i. Fiber otot
- Merupakan sel-sel otot
- Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.
- Berjalur dan bersaiz besar.
- Diameter diantara 10-100 µm
- Panjang sehingga 40cm.
Rajah 1: Fiber Otot
ii. Tisu penghubung
·
Endomisium
Setiap
fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium
·
Perimisium
Perimisium
adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk
berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel
·
Epimisium
Keseluruhan
badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung
kasar yang dikenali sebagai epimisium
Rajah 2: Tisu-tisu
Penghubung
iii.
Tendon
- Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot
kepada tulang
·
Tendon tidak begitu kenyal
·
Ia menghasilkan daya
ketegangan yang tinggi
·
Tendon yang lebar di
panggil aponeurosis
iv. Ligamen
·
Tisu berfiber yang
menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak.
·
Ligamen berfungsi untuk
mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan
pada sendi.
v. Kartilej
·
Tisu lembut tetapi kuat,
elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang
membentuk sendi.
·
Berfungsi untuk melindungi
tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap
apabila berlaku hentakanpada tulang.
Rajah 3: Tendon,
Ligamen dan Kartilej
Fungsi Otot
i.
Menghasilkan pergerakan
Penguncupan
otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.
ii.
Mengekalkan
postur
Otot
memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.
iii.
Menstabilkan sendi
Selain
menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu
menstabilkan sendi-sendi rangka.
iv.
Menghasilkan haba
Sel-sel
badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi
mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada
badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.
Jenis-Jenis
Otot
Terdapat
tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat
dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.
Rajah 4: Jenis-jenis
Otot
i.
Otot Rangka
Rajah 5: Sel otot
rangka
Rajah 6: Sel otot
Rangka
Ciri-ciri
|
Huraian
|
Lokasi
|
Melekat pada tulang atau kulit
|
Bentuk
Sel
|
Tunggal, panjang dan berjalur
|
Kekerapan
Kontraksi
|
Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf
|
Kelajuan
Kontraksi
|
Dari perlahan ke cepat
|
Rentak
Kontraksi
|
Tiada
|
ii.
Otot Kardiak
Rajah 7: Sel otot
kardiak
Rajah 8: Otot Kardiak
Ciri-ciri
|
Huraian
|
Lokasi
|
Dinding jantung
|
Bentuk
Sel
|
Berangkai dan berjalur
|
Kekerapan
Kontraksi
|
Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung.
|
Kelajuan
Kontraksi
|
Perlahan
|
Rentak
Kontraksi
|
Ada
|
iii.
Otot Licin
Rajah 9: Sel otot
Licin
Ciri-ciri
|
Huraian
|
Lokasi
|
Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing
dan saluran jantung
|
Bentuk
Sel
|
Tunggal dan tidak berjalur
|
Kekerapan
Kontraksi
|
Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon,
bahan kimis dan regangan.
|
Kelajuan
Kontraksi
|
Sangat perlahan
|
Rentak
Kontraksi
|
Ada pada otot-otot tertentu sahaja
|
Ciri-ciri
Otot
i. Kebolehujaan
·
kemampuan otot untuk
menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.
ii.
Kebolehkucupan
·
keupayaan otot
menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.
iii.
Kebolehpanjangan
·
keupayaan otot untuk meregang
atau memanjang melebihi asal.
iv.
Kebolehanjalan
·
keupayaan otot untuk
kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup.
Jenis-jenis otot rangka
Otot rangka terbahagi kepada
dua jenis iaitu:
i.
Otot aksial
·
Otot
aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum.
·
Contoh-
frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.
ii.
Otot
apendikular
·
Otot
apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti radius, ulna,
femur, humerus, patella.
·
Contoh-
scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.
Otot-otot rangka yang utama
Rajah 12: Pandangan hadapan dan belakang badan
·
Bahagian
Kepala
Rajah 13: Otot
muka
Rajah
14: Otot leher
·
Bahagian
Badan
Rajah
15: Otot tengah badan
Rajah 16: Otot belakang badan
·
Bahagian
Lengan
Rajah
17: Otot lengan
·
Bahagian Kaki
Rajah
18: Otot kaki
Lekatan otot
Setiap
otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau
tisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat
dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan distal.
i.
Proksimal
·
Bermaksud lekatan
otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan.
·
Tempat pelekatan otot pada
tulang yang kurang bergerak.
·
Dikenali sebagai
origin.
ii.
Distal
·
Bermaksud lekatan
otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan.
·
Tempat pelekatan otot pada
tulang yang boleh bergerak.
·
Dikenali sebagai
insertion.
Rajah
19 Rajah 20
Nama Otot
|
Proksimal
|
Distal
|
Sternocleidomastoid
|
Sternum,
klavikel
|
Mastoid
|
Latissimus
dorsi
|
Bahagian
bawah
vertebra,
iliak
|
Hujung
proksimal
|
Deltoid
|
Klavikel,
skapula
|
Bahagian
tengah humerus
|
Bisep
brakii
|
Skapula
|
Proksimal
radius
|
Pektoralis
major
|
Klavikel,
sternum,
tulang
rusuk
|
Proksimal
humerus
|
Gluteal
maksimus
|
Sakrum,
ilium
|
Proksimal
femur
|
Kuadriseps
|
Bahagian
atas pelvik
|
Patella
|
Gastroknemius
|
Distal
femur dan fibula
|
Kalkanus
|
Jadual 1 : Contoh
Perlekatan Otot
Interaksi
otot-otot dalam pergerakan rangka
Saling tindakan otot-otot
·
Bermaksud otot-otot
dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama dalam melakukan suatu
pergerakan. Otot-otot akan bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan:
i. Agonis
§ Otot-otot
penggerak utama (prime movers)
§ Otot-otot
utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus
§ Tindakan
agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus
§ Contoh: biseps brakii dan brakialis
ii.
Antagonis
§ Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot
penggerak utama.
§ Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur
atau relaks.
§ Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan
yang dilakukan oleh agonis.
§ Contoh: triseps brakii
iii. Sinergis
§
Otot-otot yang membantu
otot-otot penggerak utama.
§
Sinergis menambah daya pada
pelekatan otot.
§
Sinergis juga menstabilkan
sendi di mana otot-otot itu melekat.
§
Contoh: Otot-otot
brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk
membengkok sendi siku.
Rajah 21:
Perlekatan otot
Penguncupan
otot rangka
i.
Jenis-jenis penguncupan otot
Otot
tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya
berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi
filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk menggelungsur
melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu:
ü
Penguncupan isometrik
(penguncupan statik)
§ Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi
menghasilkan daya.
§ Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada
kepanjangan otot.
§ Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok.
Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan
daya
Rajah 22:
Menolak dinding
ü
Penguncupan Isotonik
§ Bentuk
penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi
rintangan yang bergerak.
§ Penguncupan
isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik
melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.
§ Contoh: Penguncupan bisep semasa
mengangkat ‘dumbell’. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.
Rajah 23: Biceps curl
ü Penguncupan
Isokinetik
§ Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang
tetap sepanjang pergerakan.
§ Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan
peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.
§ Contoh: Pengunaan mesin “multi-gym’.
Rajah 24: Bench press
ii.
Halaju Penguncupan
Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan
penguncupan otot. Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang
dilakukan. Terdapat dua jenis fiber otot
yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber sentak cepat dan fiber
sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat dan lambat ini dalam otot
begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.
ü
Fiber sentak cepat
§ Dikenali sebagai fiber jenis II.
§ Saiz lebih besar dan berwarna putih.
§ Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai
untuk aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.
§ Contoh: lari pecut.
§ Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.
ü Fiber sentak lambat
§ Dikenali sebagai fiber jenis I.
§ Saiz lebih kecil dan berwarna merah.
§ Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai
untuk aktiviti jarak jauh.
§ Contoh: jogathon.
§ Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan
penguncupan dalam jangka masa yang panjang.
Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Donald A.B. (2008). Medline Plus :
Trusted Health Information for You. Retrieved Oktober 10, 1993
from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/
imagepages/ 19678.htm
Web-Shops (2007).
Educational Cybermall: Human-Anatomy.com. Retrieved Jun 15, 2007 from http://www.anatomy-resources.com/
No comments:
Post a Comment