Wednesday, 8 August 2012

PENGARUH DAN KESAN TAMADUN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU


PENGARUH DAN KESAN TAMADUN ISLAM 
DALAM TAMADUN MELAYU


Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi pengaruh yang besar. Prof S.M. Naquib al-Attas: Islam telah bawa ‘zaman baru’ di nusantara, berjaya mengubah “jiwa dan wajah” Alam Melayu.

Aspek perubahan:


  1. AGAMA / KEPERCAYAAN

v  Kepercayaan tahyul dan khurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme, dan penyembahan nenek moyang atau hyang serta kepercayaan Hindu-Buddha digantikan dengan akidah tauhid.
v  Islam telah hapuskan kepercayaan sinkritime Hindu-Buddha-Hyang
v  Golongan yang mainkan peranan ialah ahli sufi dan para mubaligh
v  Agama Islam menjadi agama rasmi
v  Kekuatan pegangan agama telah timbulkan semangat jihad menentang penjajah.


  1. SOSIAL DAN BUDAYA

v  Budaya, cara hidup dan pemikiran turut mempengaruhi Alam Melayu. Kepercayaan kepada kakuasaan Allh telah beri setiap individu harga diri kerana tiada perbezaan antara sesame manusia di sisi Allah kecuali taqwa.
v  Pengaruh akidah, syariah dan akhlak memberi kesan dalam kehidupan.
v  Berlaku asimilasi antara ajaran Islam dan budaya setempat.
v  Islamisasi berlaku secara beransur-ansur tanpa pertentangan terbuka.


  1. EKONOMI

v  Berlandaskan hokum syarak – seperti konsep halal haram.
v  Kegiatan perdagangan diteruskan.
v  Segala tindak tanduk bukan sahaja dikawal oleh keikhlasan hati sahaja tetapi juga undang-undang negara seperti Risalah Hukum Kanun dan Undang-undang Laut Melaka.


  1. POLITIK DAN PERHUBUNGAN

v  Pengislaman raja-raja membawa arus perubahan dalam sosio-politik.
v  Tertubuhnya kerajaan Melayu-Islam pertama di Alam Melayu Ta-Shih di Sumatera 674M. kemudian Perlak, Samudera-Pasai, Sribuza Islam, Champa, Melaka, Acheh, dll.
v  Sistem kesultanan berbeza dengan sebelumnya sistem pemerintahan beraja – konsep dewaraja dihapuskan. Islam telah berjaya memanusiakan raja-raja yang dianggap dewa sebelum ini.
v  Begitu juga Islam telah membawa transformasi nilai dan etika pemerintahan kepada raja-raja contohnya terdapat karya ketatanegaraan yang menunjukkan dengan jelas pemikiran Islam dalam politik Islam di Alam Melayu seperti kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Kitab ini memperincikan tatasusila serta kod etika yang harus dipakai raja-raja seperti harus bersifat adil, amanah, dsb.
v  Watak dan peribadi sultan pun berubah kepada seorang yang cintakan ilmu serta mendampingi ulama seperti Sultan Malik Zahir di Pasai, Sultan Mansur Shah di Melaka, Siltan Mahkota alam di Acheh, dll.
v  Kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini memainkan peranan penting sebagai pusat tamadun.
v  Sistem pemerintahan kerajaan Uthmaniyah di Turki menjadi contoh dalam pentadbiran iaitu:
·         Sultan sebagai ketua negara.
·         Mufti atau alim ulama sebagai penasihat.

v  Asimilasi undang-undang tempatan dengan undang-undang Islam.
v  Wujud undang-undang Islam bertulis menggantikan undang-undang Melayu tempatan (Malay Local Law) seperti di Melaka terdapat:
·         Hukum Kanun Melaka – undang-undang negeri
·         Undang-undang Melaka – undang-undang negeri
·         Undang-undang Laut Melaka – undang-undang yang berhubung dengan peraturan laut serta jenayah perdagangan.

v  Di Acheh – Kanun Mahkota Alam
v  Mufti dan kadi bertindak sebagai penasihat sultan menggantikan para sami sebelumnya menjadi penasihat Raja Hindu-Buddha.





Kemunculan Pusat-Pusat Kerajaan dan Tamadun Melayu Zaman Islam.

  1. Perlak-Samudera-Pasai (840M)

Pusat tamadun Melayu Islam terawal.

Perlak:

    • Kerajaan Melayu Islam pertama ditubuhkan – 840M
    • Islam disebarkan di sini sekitar abad ke-9 M, dikatakan hasil usaha Nakhoda Khalifah (ulama aliran Syiah). Akibat kekalahan aliran Syiah di zaman Bani Absiyyah, beliau telah pergi ke Perlak 820M bersama 100 orang ulama.
    • Ketika itu Perlak merupakan sebuah pelabuhan petempatan yang dikuasai oleh orang Parsi.
    • A. Hasjmy mengatakan Perlak kerajaan Islam tertua di asia Tenggara, mazhab rasminya di peringkat awal – Syiah.
    • Atas usaha ulama  - dirikan beberapa zawiyah atau dayah sebagai tempat belajar dan mendalami ilmu agama.
    • Antara pemerintah terkenal:

1.    Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah – sultan pertama
2.    Sayyid Maulana Abbas Shah
3.    Sultan Sayyid Maulana Ali Mughayat Shah
4.    Sultan Makhdun Alaidin Malik Abdul Qadir Syah Johan
5.    Sultan Makhdum Alaidin Malik abdul aziz (sultan terakhir)

    • 986M diserang kerajaan Buddha Srivijaya dan pada tahun 1006M pula tentera Srivijaya terpaksa berundur akibat ancaman kerajaan Dharma Wangsa dari Jawa.
    • Serangan Srivijaya ini walaupun berjaya menawan sebahagian dari Perlak tetapi ianya tidak membantutkan usaha dakwah.
    • Pelarian dari kawasan pesisir memainkan peranan dalam pengislaman kawasan pedalaman Acheh.

Samudera-Pasai (1042M – 1450M)

·         Terima Islam sekitar abad ke-13M.
·         Antara pemerintah-pemerintahnya:

1.    Meurah Giri (memakai gelaran Maharaja Mahmud Syah) – raja pertama.
2.    Meurah Silu – diislamkan dan diberi gelaran Sultan Malik al-Saleh oleh Syeikh Ismail.
3.    Sultan Zainal Abidin.
4.    Ratu Nihrasiyah Rawangsa Khaidiyu – pemerintah terakhir.

·         Sumbangan dan peranan penting kerajaan Parsi ialah:

1.    melahirkan institusi pendidikan yang dinamakan Dayah.

Ø  Dayah Buki Che Breek
Ø  Dayah Cot kola

2.    melahirkan tulisan jawi.

Ø  Telah dicipta oleh sekumpulan masyarakat Islam keturunan Pasai yang menetap di bahagian utara Sumatera.
Ø  Mereka dikatakan berasal dari suku “Jawani” di Parsi.
Ø  Tulisan menggabungkan huruf Arab, Parsi dan Barbar dikenali sebagai tulisan jawi.
Ø  Digunakan secara meluas dalam penulisan buku.

3.    menjadi pusat perkambangan bahasa Melayu menerusi tulisan jawi menggantikan tulisan jawa kuno.
4.    menjadi pusat perdagangan.




  1. Acheh

·         Lokasi – di Samudera utara.
·         Sebelum Islam – rakyat dipengaruhi agama hindu dan Buddha, kepercayaan animisme dan nenek moyang. Percaya hantu dan tempat yang dianggap sakti yang kemudiannya dipuja.
·         Menerima Islam 1204M tetapi mencapai kegemilangannya pada abad ke-16M.
·         Zaman kegemilangan – pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

·         Peranan:

1.    Pusat penyebaran kegiatan agama Islam.

Ø  Mendapat gelaran serambi Mekah.
Ø  Muncul sebagai pusat Islam yang penting selepas kejatuhan Melaka pada abad ke-16M.
Ø  Menjadi tempat ulama berkumpul dan tempat menyelesaikan masalah agama.
Ø  Faktor penggalak– sikap para sultannya cintakan ilmu. Contoh Sultan Alauddin Riayat Shah lantik Hamzah Fansuri penasihat kerajaan disamping sebagai penulis yang banyak menghasilkan karya. Begitu juga para ulama dari luar seperti dari Turki, Parsi, Tanah Arab, India dan Gujerat menjadi penasihat kepada kerajaan selain menjadi guru-guru kepada institusi pengajian dan masjid.
Ø  Pedagang-pedagang turut berdakwah untuk menggalakkan pertumbuhan institusi ilmu dan kemajuan ilmu agama seperti Usuluddin, Fekah dan Tasawwuf à Acheh terkenal sebagai pusat perkembangan tasawwuf.


2.    pusat pendidikan.

Ø  Menjadi pusat kegiatan ilmu abad ke-16M.
Ø  Terdapat 3 tahap pendidikan iaitu:

§  Rendah (meunasah atau madrasah)
§  Menengah (rangkang)
§  Tinggi (balee)
§  Institusi pendidikan:
o   Dayah – kompleks pendidikan yang terdiri daripada beberapa buah rangkang dan balee.
o   Masjid – contoh Masjid Bayt ar Rahim, Masjid Bayt al-Munsyahadah dan Masjid Jami’ Bayt al-Rahman – dikatakan bertaraf U kerana mempunyai beberapa fakulti.

Ø  Sistem dan institusi pendidikan di Acheh menjadi contoh kepada:

o   Pesantren di Jawa
o   Kawasan di sekitarnya.

Ø  Lahir ramai ulama. Anak tempatan seperti Syeikh Aminuddin Abdul Rahman bin Ali al-Fansuri yang merupakan ulama terkenal, mendapat pendidikan di Mekkah, Syeikh Abdul Rauf al-Singkeli, dll.

·         Ulama dari luar seperti dari timur tengah, antaranya Sheikh Abdul Qadir, Ibnu Hajar dan Sheik Muhammad al- Yamani
·         Sikap pemerintah dan rakyat- sanjung orang berilmu- sebagaimana menurut Hamka dalam Sejarah Umat Islam: “ apabila datang seorang alim dari luar negeri, setelah diketahui bahawa dia benar-benar orang berilmu, mendapatlah dia tempat istimewa di Aceh dan tidak dpandang apa bangsanya

3.    Pusat Kesusasteraan Melayu
·         Ramai sasterawan muncul yang terdiri daripada golongan ulama
·         Contoh: Hamzah Fansuri – karya berbentuk prosa dan puisi seperti Syaribul Asyqin dan Asrarul Ariffin yang merupakan karya sastera dan falsafah yang sukar difahami orang awam
·         Nuruddin al.Raniri- Bustanul Salatin
·         Bukhari Al- Jauhari – Tajul Salatin

4.    Pusat Perdagangan
·         Kedudukannya berhampiran selat Melaka → tempat perhubungan antara pedagang Cina dan India
·         Selepas kejatuhan Melaka oleh Portugis, para pedagang mengubah jalan jalan perdagangan→ untuk mengelak dari singgah ke Melaka, mereka singgah di Acheh
·         Acheh mengeksport lada hitam dan emas ke Eropah , China, India, negara Arab dan lan-lain→menjadi tempat tumpuan saudagar-saudagar dari negara-negara tersebut
·         Kemahsyurannya terbukti  iaitu terdapat pelbagai bunyi sebutan nama Acheh itu sendiri khasnya kepada bangsa asing, contohnya:
v  Itali dan Portugis: Achem, Acen
v  Arab: Asyi, Dachem, Dacin
v  Perancis: Achem, Achen, Acheh
v  Inggeris: Athcheen, Acheen, Achin
v  Belanda: Achem, Achin, Atchin, Athem, Atjin, Atsjiem, Atjeh
v  Cina: Atje, Tash
v  Tempatan: Atjeh
·         Semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mhkota Alam, berjaya menguasai jalan perdagangan di pantai  barat Pulau Sumatera dan jalan perdagangan pantai timur pulau tersebut. Para pedagang asing dipaksa untuk singgah di pelabuhan Aceh

5.    Pusat Politik Melayu( Islam)
·         Wilayah kekuasaannya meliputis seluruh Pulau Sumatera dan sebahagian besar daripada Tanah Melayu termasuk, Perak, Johor dan Phang yang semuanya ini kemudiannya disatukan dan diletakkan di bawah kekuasaan Kesultanan Aceh→ empayar Islam teragung dan berpengaruh di AM
·         Turur mencapat perhatian utama dari kerajaan  Islam lain seperti Kerajaaan India dan Turki.→jelas terbukti melalui sistem peerintahan yang dijalankan , nama, atau gelaran jawatan dalam kerajaan, gelaran yang dipakai sultan serta bendera yang digunakan. Oleh itu, tidaklah hairan Aceh mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu. Menurut Lukman Sinar S.H. al-haj, perhubungan yang dibuat adalah dari sudut keagamaan dan ketenteraan. “ di antara kerajaan Turki Uthmani di Istanbul dan kerajaa Monggol Islam di India dan kerajaan Aceh Darussalam bertali teguh sekali apatah kerana semua fahaman Sunni
·         Kerajaaan Aceh dianggap sebagai wakil kepda kerajaaan Islam di sebelah Timur kerana kepesatan politik Islam – Adat Mhkota Alam atau Kanun Mahkota Alam- mengenai perturan pemerintahan dan perdagangan yang bersandarkan hukum Islam. Ia disusun di zaman Iskandar Muda Mahkota Alam
·         Ulama sangat berperanan dan berpengaruh dalam pemerintahan Aceh- seperti kadi menjadi pemangku sultan  dalam tempoh ketiadaan sultan baru yang menggantikan sultan terdahulu yang mangkat
·         Menjadi pusat pemerintahan kuasa penjajah. Di samping berusaha membanteras pengaruh Portugis di pesisir timur Aceh, juga telah memperluaskan benteng Islam ke Semenanjung Tanah Melayu

c.KESULTANAN MELAYU MELAKA

·         Melaka telah dibuka oleh Parameswara – keturunan raja Srivijaya
·         Menerima Islam pada tahun 1414M
·         Zaman kegemilangan pada pertengahan abad ke-15
·         Peranan:

1.    Pelabuhan Perdagangan
·         Pelabuhan Melaka terkenal kerana kedudukannya yang srtrategik- di tengah jalan perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat seperi Arab, India China dan sebagainya→menjadi pusat persinggahan para pedagang dari India, China dan lain-lain
·         Bertindak sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran serta penjualan barang-barang dagangan
·         Terdapat dua angin monsun di Selat Melaka iaitu monsun barat daya dan monsun timur laut→ memudahkan pergerakan kapal dagang di Asia Tenggara
·         Kenudahan fizikal disediakan pentadbir Melaka seperti sistem perundangan yang sistematik bertujuan untuk memelihara kemanan dan kemudahan gudang untuk menyimpan barang dagangan menarik minat pedagang

2.    Pusat Penyebaran dan Pengajaran Agama Islam
·         Pengislaman Parameswara oleh Syed Abdul Aziz → menyebabkan pembesar dan rakyat turut memeluk Islam
·         Kepesatan pelabuhan Melaka sebagai pusat perdagangan turut menyumbang peranan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
·         Melaluinya, Islam tersebar ke seluruh Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan tanah jajahannya seperti Siak, Rokan, Inderagiri dan sebagainya

3.    Pusat Perkembangan Bahasa Melayu
·         Berkait rapat dengan faktor perdagangan dan penyebaran Islam
·         Bahasa Melayu telah dijadikan  bahasa perantaraan atau lingua franca dalam aktiviti perdagangan. Pedagang asing terpaksa bertutur dalam Bahasa Melayu untuk berkomunikasi denfan pemerintah, rakyat dan pedagang lain
·         Dalam sejarah Melayu menyatakan, raja-raja Melaka amat bermina dengan ilmu→ Melaka menjadi pusat ilmu dan budaya Melayu
·         Ramai penulis kitab mengenai Islam dan sastera Melayu lahir
·         Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Mouhammad Ali Hanafiah telah diketahui dan dibaca oleh orang Melaka sejak abad ke-15 lagi
·         Draf undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka – hasil penulsan Bhasa Melayu tulisan jawi peninggalan zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka

4.    Pusat Politik Islam
·         Ajaran Islam diserap dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Melaka. Walaupun tidak mengikut 100% undang-undang Islam tetapi, terdapat pengaruh Islam di dalamnya.- Hukum Kanun Melaka hanya 40.95% hukum Islam manakala Undang-undang Laut Melaka hanya satu daripda 25 fasal mengikut hukum Islam sebenar
·         Undang-undang Melaka ini berteraskan 2 peraturan iaitu adat dan agama
·         Peraturan adat- berlandaskan adat Temenggung manakala agama- berlandaskan Mazhab Syafie
·         Undang-undang yang terdapat di Melaka:
v  Hukum Kanun Melaka ( tururt dikenali sebagai undang0undang Darat Melaka atau Risalat Hukum Kanun
v  44 fasal
v  Berkuatkuasa di Melaka dan tanah jajahannya
v  Antara kandungan yang terpenting :
                                                       I.        Tanggungjawab raja dan pembesar
                                                     II.        Pantang larang di dalam anggota masyarakat
                                                    III.        Hukuman kesalahan jenayah dan awam
                                                   IV.        Undang-undang keluarga
                                                    V.        Permasalahan ibadat dan muamalat
                                                   VI.        Hukum perhumaan
·         Undang-undang Laut Melaka
·         Hanya 1 fasa sahaja yang mengandungi hukum syara’ iaitu tentang zina- yang lain adat
·         Walaupun hukum kesalahn zina dalam Undang0undang laut Melaka lebih kurang sama dengan Hukum Kanun Melaka tetapi ia tiada alternatif dengan hukum adat. Di samping itu, hukuman sebatnya juga berbeza. Dalam Hukum Kanun Melaka- 80 kali. Dalam Hukum Laut Melaka- 100 kali
·         Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511M
d.PATANI
·         Sebuah kerajaan Melayu terletak di selatan Thailand
·         Pengislaman Patani- terdapat beberapa pendapat
                                     I.        Abad ke-14M-penemuan batu bersurat Terengganu pada 1303M
                                    II.        Abad ke-15M- menerima Islam dari Melaka
                                  III.        Pengislaman dari Pasai- kerajaan ulama dari Pasai ( Syaikh Said) mengubati penyakit raja Patani( raja Phyu Tu Nakpa)- raja memeluk Islam lalu memakai gelaran Sultan Ismail Zilullah fi al- alam
·         Kecemerlangan Patani:
                      I.        Menjadi pusat pengajian Islam terkenal( abad ke-18 – ke-19)
                    II.        Pusat pengajian sebelum ke timur tengah
                   III.        Sistem pondok
                  IV.        Melahirkan ulama terkenal:
-Shaikh Daud Al-Patani
            -Shaikh Ahamad Bin Muhammad Zayn al –Patani
            - Nik Mahmud Nik Ismail
            -Shaikh Mahmud Said

5.    PENDIDIKAN

·         Muncul institusi pendidikan seperti:
-       Madrasah
-       Pondok/pesantren
-       Masjid
-       Surau
-       istana

·         di Acheh – zaman Iskandar Muda Mahkota Alam telah didirikan institusi pengajian tinggi dengan nama Jami’ Baitul Rahman yang mengandungi 17 dar (fakulti).
·         Sukatan pelajaran – pengajian al-Quran dan asas-asas agama seperti Fiqh, Usuluddin dan akhlak.
·         Ilmu dan pendidikan terbuka kepada semua golongan.
·         Lahirlah karya agama – sastera kitab seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Amirul Mukminin, dll.
·         Pengenalan jawi dalam aspek tulisan.
·         Perbendaharaan kata dan istilah Melayu – pengaruh Bahasa Arab.
·         Lahir pusat-pusat ilmu yang terkenal seperti Pasai, Melaka, Johor-Riau, dan Patani.
·         Lahir tokoh ilmuan seperti Hamzah al-Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Bukhari al-Jauhari, Daud al-Fatani, dll.

No comments:

Post a Comment