Friday 31 August 2012

NOTA- TAMADUN ISLAM


KESAN KEDATANGAN  ISLAM KE NUSANTARA
 
Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kedatangan Islam di Nusantara tidak membawa sebarang kesan atau pengaruh terhadap masyarakat di rantau ini.  Pendapat ini merupakan satu pendapat yang amat keterlaluan dan tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar.  Menurut Al Attas, kebangkitan Islam di Tanah Arab telah bertanggungjawab mewujudkan suatu perubahan baru atau “Zaman Baru” di Eropah.  Begitu juga dengan kedatangan Islam di Nusantara juga membawa suatu perubahan di sini.  Pendapat ini nampaknya lebih konkrit dan berasas, kerana kedatangan Islam ini telah membawa satu bentuk persambungan dan perubahan.  Dengan kata lain, kedatangan Islam telah membawa pelbagai perubahan tetapi masih terdapat unsur-unsur tradisi dan kefahaman yang bercanggah dengan Islam.  Antara perubahan yang berlaku adalah seperti berikut:
 
          Pengaruh dalam Bidang Politik
 
Dari segi politik, terdapat perubahan yang jelas apabila wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam yang berpunca dari gerakan dakwah Islamiah oleh mubaligh-mubaligh dan ulama-ulama ke rantau ini.  Di Nusantara terdapat masyarakat Islam yang dikenali sebagai Ta-Shih pada tahun 674 M.  Ini adalah suatu panggilan kepada orang-orang Arab atau Farsi Islam di rantau ini yang terdapat  di pantai barat Sumatera dan Jawa.
 
Masyarakat Ta-Shih adalah yang dikaitkan dengan sebutan Che-Po (Jawa) yang menemui Ratu Siam  dari Kerajaan Ho-Ling (Kalingga) yang terletak di Jawa Timur.  Jadi, pada abad ke-7 sudah wujud penempatan ini dan dikatankan pengaruh Islam telah menjalar dalam pemerintahan Srivijaya.
 
Dengan pengislaman Raja Jambi yang pertama di Nusantara telah mewujudkan kerajaan yang bertukar corak menjadi kerajaan Islam yang terkenal dengan “Kerajaan Sribuza Islam”.  Kerajan ini tidak panjang kerana telah diserang oleh Dinasti T’ang.
  

Saturday 11 August 2012

NOTA - TAMADUN ISLAM



 HAMKA

Pengenalan
Alam Melayu pernah melahirkan ramai ulama yang disegani, sasterawan yang prolifik, penulis yang kreatif  dan aktivis masyarakat yang dihormati. Namun begitu, tidak ramai tokoh yang dilahirkan memenuhi kesemua ciri istimewa ini untuk dicatatkan dalam sejarah sebagai tokoh yang sumbangannya dimanfaatkan sepanjang zaman. Dalam konteks inilah terletaknya keistimewaan HAMKA kerana sepanjang hayatnya beliau telah memberikan sumbangan dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Kebolehan HAMKA sebagai seorang penulis yang menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan membolehkan idea dan perjuangannya terus dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat hingga ke hari ini.
Kewujudan manusia HAMKA juga amat penting sebagai penyambung kepada hubungan sesama umat di Alam Melayu. Melalui perantaraan Bahasa Melayu HAMKA akan terus dikenang sebagai seorang yang berjuang dengan menjadi bahasa, budaya dan agama Islam sebagai unsur penyatuan bagi bangsa serumpun. Walaupun sudah lebih dua dekad meninggal dunia, namun khazanah pemikiran HAMKA masih boleh dibaca dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat yang dipisahkan oleh batas geografi. Khazanah ini akan terus menjadi sumbangan berguna pada masa-masa akan datang bagi generasi yang ingin menelusuri pemikiran lampau bagi membuat perancangan pada masa akan datang.


Sejarah Hidup HAMKA
HAMKA atau nama penuhnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah dilahirkan pada 17 Februari 1908 bersamaan 14 Muharram 1326 Hijrah di Sungai Batang, di pinggir Tasik Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya Haji Rasul amat dikenali sebagai seorang pemimpin Kaum Muda di tanah Minangkabau. Pada tahun 1918 ketika berusia sepuluh tahun ayahnya telah mendirikan sebuah pesantren di Padang Panjang yang diberi nama Sumatera Thawalib. Ketika berusia 21 tahun setelah kembali dari Makkah, HAMKA telah berkahwin dengan Siti Raham binti Endah Sutan dan dikurniakan dengan sepuluh orang anak.(1)
HAMKA mendapat pendidikan awal daripada ayahnya. Walaupun mendapat pendidikan yang agak asas, namun beliau berjaya menguasai bahasa Melayu dan bahasa Arab dengan baik. Sepanjang hayatnya pembelajaran yang diterima oleh HAMKA lebih merupakan tidak formal, termasuklah melalui pengalamannya melawat seluruh dunia. Dalam dunia pembelajarannya, HAMKA juga banyak menimba ilmu daripada abang iparnya, iaitu A.R Sutan Mansur, dan ketika berada di Mekah selama enam bulan pada tahun 1927.
Sebagai seorang pemikir dan penulis yang prolifik, sepanjang hayatnya, HAMKA telah menulis sebanyak 118 buah buku. Ini tidak termasuk tulisan-tulisannya yang diterbitkan di dalam akhbar dan majalah seperti majalah Panji Masyarakat yang dipimpinnya sehingga ke akhir hayatnya.(2) Karya terbesar yang dihasilkan oleh HAMKA ialah tafsir al-Quran yang diberi nama Tafsir Azhar. Selain tafsir ini, HAMKA juga telah menghasilkan karya dalam pelbagai disiplin, merangkumi tulisannya yang berkaitan dengan persoalan agama, tafsir, falsafah, novel, biografi dan sejarah. Sumbangan HAMKA dalam bidang ilmu pengetahuan telah diberikan pengiktirafan apabila dianugerahkan dengan Doktor Honororis Causa oleh Universiti al-Azhar Mesir pada 10 Mac 1958 dan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 Jun 1974.(3)
HAMKA juga merupakan seorang aktivis masyarakat yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam usahanya membangunkan masyarakat. HAMKA sudah terlibat dengan perjuangan menentang Belanda sejak berusia 16 tahun apabila pidatonya yang berkobar-kobar sering mengisi pentas gerakan anti penjajah di daerah kelahirannya. HAMKA juga merupakan seorang aktivis gerakan Islam dengan terlibat dalam gerakan Muhammadiyah sejak tahun 1930. HAMKA merupakan antara penggerak utama gerakan tersebut di Sumatera Barat dan Sumatera Tengah.(4)
Berikutan meletusnya revolusi menentang penjajah Belanda, HAMKA telah melibatkan diri sebagai pemimpin Front Pertahanan Nasional di Minangkabau. Pada tahun 1955 HAMKA telah dipilih menjadi anggota Konstituante mewakili Parti Masyumi. Pada 27 Februari 1964 HAMKA telah ditahan oleh rejim Sukarno kerana dituduh bersekongkol dengan agen kerajaan Melaysia bagi mengguling pemerintahan Republik Indonesia. Berikutan kegagalan Gerakan 30 September 1965 yang didalangi oleh Partai Komunis Indonesia (PKI) dan peletakan jawatan Sukarno, HAMKA telah dibebaskan pada 21 Januari 1966.(5) Pada tahun 1975, HAMKA telah dilantik menjadi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI), tetapi meletak jawatan pada bulan Mei 1981. HAMKA meninggal dunia pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun. Sehingga ke akhir hayatnya, HAMKA memegang jawatan sebagai Penasihat Pimpinan Pusat Muhammadiyah.(6)

Penerokaan Kajian Proses Pengislaman Orang Melayu
Tulisan ini cuba untuk membincangkan satu daripada aspek sumbangan pemikiran HAMKA dalam satu cabang ilmu, iaitu dalam ilmu sejarah. Seperti juga dengan bidang-bidang keilmuan lain yang pernah diterokainya, HAMKA sebenarnya bukanlah seorang yang dididik sebagai seorang sejarawan dalam ertikata menerima ijazah atau dilatih dalam bidang tersebut. Walaupun demikian, penelitian ke atas tulisan HAMKA dalam bidang ini menunjukkan bahawa beliau mampu menguasai bidang ilmu ini apabila berjaya menepati kehendak disiplin ilmu tersebut. Ini membolehkan karyanya dijadikan rujukan dan menjadikan beliau sebagai seorang yang dihormati oleh para ilmuwan sejarah.
Karya sejarah terbesar yang dihasilkan oleh HAMKA ialah Sejarah Umat Islam. Bagi menghasilkan buku ini HAMKA telah mengambil masa selama 22 tahun dari tahun 1939 hingga tahun 1961 untuk membuat kajian dan menulisnya buku ini.(7) Kesulitan dan ketabahan HAMKA menghasilkan buku ini diluahkan oleh HAMKA dalam “Pengantar” bagi jilid I Sejarah Umat Islam, sebagaimana yang diungkapkan:
“Berkali-kali kita telah pindah, sejak dari Medan sampai Padang Panjang, sampai Maninjau dengan isteri dan tujuh anak. Kadang-kadang berciciranlah barang kecil-kecil dan kitab-kitab tetapi naskhah ‘Sejarah Umat Islam’ tetap dipelihara baik dan dijaga rapi, sehingga selamat tidak kurang sehelai jua pun.”(8)
Selain Sejarah Umat Islam, HAMKA juga menghasilkan beberapa buah buku lain yang berkaitan dengan sejarah. Ini termasuklah Sejarah Islam di Sumatera (1950), Dari Perbendaharaan Lama (1963), Ayahku (1967), Tunku Rao, Antara Fakta dan Khayal (1970) dan Sejarah Muhammadiyah di Minangkabau (1967).(9) Selain buku-buku sejarah ini, HAMKA juga turut menulis beberapa buah buku tentang pemimpin gerakan pembaharuan. Ini termasuklah buku-bukunya yang berjudul Kjai Ahmad Dahlan,(10) Pengaruh Muhammad Abduh di Indonesia,(11) dan Said Djamaluddin Al-Afghany Pelopor Kebangkitan Muslimin.(12)
Tulisan HAMKA dalam bidang sejarah yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah yang berkaitan dengan sumbangan pemikirannya dalam penulisan sejarah Islam di Alam Melayu. Tulisan HAMKA berkaitan dengan sejarah Islam di Alam Melayu ini merupakan antara tulisan terawal tentang persoalan ini yang ditulis oleh seorang pengkaji Melayu. Sebagai sebuah kajian awal, tidak dapat dinafikan tulisan ini mempunyai beberapa kelemahan, tetapi buah fikiran yang dikemukakan oleh HAMKA dalam tulisannya itu telah memberikan sumbangan yang besar bagi pengkaji terkemudian yang membuat kajian tentang persoalan ini. Walaupun tidak menyebut sumber rujukannya, tetapi tulisan Syed Naguib Al-Attas dalam buku yang diterbitkan pada tahun 1969, iaitu Preliminary Statement, on the General Theory of Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago, jelas memperlihatkan terdapat beberapa persamaan dari segi hujah tentang teori pengislaman di Alam Melayu  dengan tulisan HAMKA yang ditulis pada tahun 1961.(13)
Dalam bukunya tentang Sejarah Umat Islam yang ditulis dalam empat jilid, HAMKA telah menjadikan jilid keempat secara khusus membincangkan tentang, “Perkembangan Islam Di Nusantara”.(14) Dalam kata pengantarnya tentang jilid keempat ini, HAMKA menyatakan bahawa jilid inilah yang paling sukar untuk beliau siapkan kerana terpaksa berhadapan dengan masalah kekangan masa dan masalah mendapatkan sumber rujukan yang diperlukan. Disebabkan masalah yang dihadapi ini HAMKA terpaksa mengambil masa selama lima belas tahun bagi menyiapkan tulisannya yang mengandungi sebanyak 283 halaman sebelum berjaya diterbitkan pertama kalinnya pada tahun tahun 1961.(15)
Tulisan HAMKA tentang sejarah “Perkembangan Agama Islam di Nusantara” dimulakan dengan menghuraikan tentang asal-usul bangsa, bahasa dan agama orang Melayu sejak zaman purbakala sehinggalah kedatangan agama Hindu dan Buddha. Walaupun HAMKA menyedari tentang pengaruh kedua-dua agama ini dalam masyarakat di Nusantara, namun beliau tidak mengagungkannya sebagai satu tinggalan agama-budaya yang terlalu berpengaruh di dalam masyarakat.(16) Seterusnya HAMKA menghuraikan pula dengan panjang lebar tentang penyebaran agama Islam ke Alam Melayu, termasuklah proses, pembentukan kerajaan Islam di Samudera-Pasai, kerajaan Islam Melaka dan perluasan pengaruh Islam di Pulau Jawa, Aceh, Johor, Maluku serta Banten. Dalam perbincangannya HAMKA turut menghuraikan pengaruh dan kesan mendalam agama Islam ke atas masyarakat Melayu. Bagi melengkapkan huraianya tentang perkembangan Islam di Alam Melayu, HAMKA juga menghuraikan pertembungan yang berlaku di antara Islam dengan penjajah Barat di rantau ini pada abad  ke-16 dan ke-17.
Kertas kerja ini akan memberikan tumpuan yang khusus kepada proses penyebaran agama Islam ke Alam Melayu dengan merujuk kepada Bahagian Ketujuh Sejarah Umat Islam. Proses ini penting kerana pada hari ini Alam Melayu merupakan rantau yang mempunyai penganut agama Islam yang teramai di dunia. Hakikat ini menyebabkan proses yang merubah sama sekali perjalanan sejarah rantau ini mendapat perhatian para orientalis dan  pengkaji Barat. Minat ini ditambah pula dengan kedudukan geografi Alam Melayu yang jauh dari Timur Tengah, iaitu sumber tersebarnya agama Islam. Di samping itu tidak terdapat bukti yang kukuh yang menunjukkan bahawa terdapat sebarang ekspedisi ketenteraan atau misi dakwah yang terancang  yang dilakukan oleh pemimpin Islam dari Timur Tengah atau Benua Kecil India yang dihantar bagi menyebarkan Islam ke rantau ini. Disebabkan banyak persoalan sejarah tentang proses ini yang tidak terjawab menyebabkan proses yang membawa kepada pengislaman orang Melayu terus menjadi tumpuan kajian dan sering mencetuskan polemik hingga kini.(17)

Kritikan HAMKA Terhadap Penulis Barat
Dalam tulisannya tentang proses yang membawa kepada tersebarnya Islam ke Alam Melayu HAMKA telah memberikan perspektif yang agak berbeza dengan pandangan yang sering dikemukakan oleh sarjana dan orientalis Barat. HAMKA dengan tegas menjelaskan bahawa penerimaan orang Melayu terhadap agama Islam adalah berkait erat dengan keluhuran agama tersebut. Pandangan beliau ini adalah bagi menyanggah pendapat yang diberikan oleh sarjana dan orientalis Barat sebelum ini yang seolah-olah sudah diterima secara mutlak bahawa penyebaran agama Islam ke rantau ini berlaku secara kebetulan, kerana faktor persaingan pengaruh dan sebagainya.
Disebabkan usaha yang dlakukan oleh HAMKA menulis “Perkembangan Islam di Nusantara” merupakan satu usaha penerokaan, beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mencabar, terutamanya bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan  yang diperlukan bagi menghasilkan tulisan yang meyakinkan. Ketika HAMKA menerokai bidang ini sebahagian besar tulisan tentang penyebaran Islam ke Alam Melayu dilakukan oleh penulis Barat. Lantaran itu, dalam tulisannya HAMKA mengakui bahawa beliau tidak dapat lari daripada merujuk bahan-bahan yang diperoleh dari sumber penulis Barat ini. Namun begitu, HAMKA amat berhati-hati dalam menerima pandangan yang dikemukakan oleh penulis-penulis ini kerana tulisan mereka ini sering tidak dapat lari daripada motif ‘tersembunyi’ iaitu untuk memenuhi kepentingan kolonial dan usaha menyebarkan agama Kristian.(18)
Bagi mengimbangi pandangan yang diberikan oleh penulis Barat dan bagi membolehkan tulisannya memberi perspektif baru tentang penyebaran Islam ke Alam Melayu, dalam tulisannya HAMKA banyak menjadikan sumber-sumber tradisional Melayu sebagai sumber rujukan yang penting. Walaupun begitu, penggunaan sumber-sumber tempatan ini tidak menjadikan  HAMKA tidak rasional dalam tulisannya kerana sumber-sumber tempatan ini juga dianalisis dengan kritikal kerana HAMKA sendiri turut meragui kebenaran sebahagian sumber-sumber tersebut kerana sering bercampur aduk antara fakta dan mitos.(19)
Tulisannya yang menggabungkan  sumber Barat, tempatan dan juga Arab menjadikan karya HAMKA ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana berjaya memberikan perspektif yang seimbang dalam huraiannya tentang proses tersebarnya Islam ke Alam Melayu. Sebelumnya, isu ini secara eksklusif diterokai dan diwarnai oleh para sarjana dan orientalis barat yang menulis berdasarkan persepsi dan interpretasi mereka sendiri yang kadang-kadang bercanggah dengan perspektif tempatan. Walaupun begitu, HAMKA tidak menolak bulat-bulat tulisan yang dilakukan oleh sarjana Barat kerana terdapat di kalangan mereka bersungguh-sungguh membuat kajian tentang penyebaran Islam di rantau ini dan menerbitkannya untuk tatapan umum.(20)
Walaupun tulisan HAMKA cuba memberikan perspektif baru tentang proses penyebaran Islam ke Alam Melayu, namun tulisan beliau masih mempunyai ruang untuk pengkaji yang terkemudian membuat penelitian lanjut dan memberikan perspektif baru yang lebih komprehensif bagi isu yang akan secara berterusan dipolemikkan ini. Dengan penemuan pelbagai maklumat baru seperti wang syiling, batu nesan dan lain-lain sumber sejarah dan akeologi  membolehkan pandangan yang pernah dikemukakan oleh HAMKA diperkukuhkan. Penerokaan tulisan yang dibuat oleh HAMKA membolehkan penulisan tentang proses yang membawa kepada pengislaman orang Melayu berada di landasan yang betul dan mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan yang bertujuan merendah-rendah proses yang telah merubah arah tuju perjalanan sejarah rantau ini dan dunia umumnya.

Teori HAMKA Tentang Pengislaman Orang Melayu
Dalam tulisannya, HAMKA merujuk rantau ini  sebagai “Nusantara” iaitu satu istilah Jawa kuno yang kemudiannya dipopularkan oleh Vlekke untuk rantau yang identiti politiknya yang terbesar kini dikenali sebagai Indonesia dan Malaysia.(21) Sebenarnya penggunaan ungkapan “Nusantara” dalam konteks pengkajian tentang penyebaran Islam ke rantau ini bukan sahaja tidak tepat, malahan boleh menimbulkan kekeliruan. Lantaran itu bagi mengelakkan daripada timbulnya kekeliruan ini, dalam tulisannya tentang pengislaman orang Melayu Syed Muhammad Naguib al-Attas lebih cenderung menggunakan nama rantau ini sebagai Kepulauan Melayu-Indonesia.(22) Kini istilah yang semakin popular digunakan bagi merujuk rantau yang didiami oleh orang Melayu yang beragama Islam ini ialah Alam Melayu atau Dunia Melayu.
Walaupun HAMKA menggunakan istilah Nusantara, namun ini tidaklah sampai mencacatkan tulisannya tentang penyebaran agama Islam ke Alam Melayu. Dalam tulisannya HAMKA telah mengetengahkan pandangan yang kemudiannya turut dipegang oleh sarjana-sarjana tempatan yang lain,  seperti  S.Q. Fatimi dan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Ini khususnya yang berkaitan dengan perspektif murni yang diberikan yang membawa kepada tersebarnya Islam di kalangan orang Melayu. Dalam konteks ini perbincangan yang dibuat HAMKA telah mengemukakan hujah bagi menyokong bahawa proses pengislaman orang Melayu berlaku melalui peranan penting unsur yang datang langsung dari sumbernya yang asal, iaitu dari Timur Tengah. Dengan mengetengahkan pendapat ini, HAMKA telah memasukkan unsur-unsur kerohaniannya yang melambangkan kesucian dan keaslian Islam yang disebarkan ke Alam Melayu.
Perbincangan tentang proses yang membawa kepada penyebaran Islam ke Alam Melayu akan melibatkan perbincangan yang membabitkan tiga isu. Isu-isu tersebut ialah bila tarikh sebenar Islam diperkenalkan kepada orang Melayu, dari manakah asal-usul pendakwah yang menyebarkan agama tersebut dan bagaimanakah proses ini boleh berlaku dengan begitu berkesan sekali. Dalam menghuraikan ketiga-tiga isu ini kelebihan yang terdapat dalam hujah yang diberikan oleh HAMKA ialah beliau telah mempelopori pendekatan yang memberikan perspektif tempatan tentang proses yang membawa kepada penyebaran Islam ke Alam Melayu.
Isu pertama yang menimbulkan perbincangan tentang penyebaran Islam di Alam Melayu adalah berkaitan dengan bilakah tarikh tepat agama Islam mula disebarkan di rantau ini. Dalam tulisannya, HAMKA cenderung berpendapat bahawa agama Islam telah diperkenalkan di rantau ini pada awal abad Hijrah (abad ketujuh Masihi). Pendapat yang beliau kemukakan ini adalah berdasarkan kajian yang lakukan dengan merujuk sumber Cina.(23) Pendapat yang dikemukakan juga adalah dengan  bersandar kepada tulisan oleh seorang sarjana Barat, iaitu T.W. Arnold  yang mengaitkan penyebaran agama Islam dengan peranan yang dimainkan oleh pedagang-pedagang Arab. Dalam kajiannya, T.W. Arnold mendapati bahawa pedagang-pedagang Arab telahpun menjalin hubungan perdagangan dengan rantau sebelah timur sejak sebelum abad Masihi lagi. Pada abad kedua Sebelum Masihi hampir  keseluruhannya perdagangan di Ceylon berada di tangan orang Arab. Menjelang abad kesembilan Masihi kegiatan perdagangan orang Arab dengan Ceylon semakin meningkat apabila meningkatnya hubungan perdagangan antara orang Arab dengan China. Menurut rekod sejarah, menjelang pertengahan abad kelapan Masihi pedagang-pedagang Arab dapat ditemui dengan ramainya di Canton. Dari  abad ke-10 hingga abad ke-15, sebelum kedatangan Portugis, orang  Arab merupakan pedagang yang unggul dan hampir tidak tercabar dalam menjalankan kegiatan perdagangan dengan Timur.(24)
Berdasarkan pandangan yang diberikan oleh T.W Arnold ini, HAMKA berpendapat bahawa sudah semestinya apabila orang Arab memeluk agama Islam mereka akan berusaha mernyebarkan agama tersebut di kawasan-kawasan di mana mereka menjalankan kegiatan perdagangan. Namun begitu, hujah yang dikemukan ini sukar untuk dibuktikan kerana ketiadaan maklumat bertulis yang konklusif bagi menyokong pendapat yang diberikan. Lantaran itu, dari segi rekod HAMKA bersetuju dengan pandangan yang umumnya disepakati, termasuklah oleh sarjana Barat bahawa Samudera-Pasai (abad ke-13-14) adalah merupakan  kerajaan Melayu-Islam yang pertama yang diwujudkan di rantau ini.(25)
Sama seperti pengkaji-pengkaji yang lain, HAMKA - hujah yang beliau berikan ini adalah dengan merujuk kepada maklumat yang ditulis oleh pengembara Venice, iaitu Marco Polo. Dalam perjalanannya pulang dari lawatan ke China, Marco Polo telah melawat Perlak pada tahun 1292 Masihi. Dalam tulisannya, Marco Polo melaporkan bahawa pada waktu itu Perlak diperintah oleh seorang pemimpin yang dikenali sebagai Al-Malikus Saleh. Dalam catatan perjalanannya ketika singgah di kerajaan Islam di Sumatera Utara ini Marco Polo melaporkan bahawa beliau tidak melihat orang Islam di kawasan lain, kecuali di Perlak. Dalam tulisannya juga Marco Polo turut membandingkan keadaan hidup penduduk yang telah memeluk Islam dengan mereka yang masih mengekalkan cara hidup tradisi. Penduduk yang telah memeluk agama Islam digambarkan hidup sebagai manusia bertamadun dan hidup dalam keadaan teratur sedangkan penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan disifatkan sebagai masih hidup dalam keadaan liar, dan malahan masih terdapat di kalangan mereka yang memakan daging manusia.(26)
Setelah beberapa dekad pengkajian tentang kedatangan agama Islam ke Alam Melayu dilakukan, penemuan-penemuan baru ternyata membuktikan bahawa pendapat yang diberikan oleh HAMKA tentang Islam disebarkan ke rantau ini beberapa dekad sebelum pembentukan kerajaan Samudera Pasai mempunyai asas  yang kukuh. Ini termasuklah kajian yang dibuat ke atas  batu nesan dengan tulisan Arab bertarikh  419H/1028M yang ditemui di Teluk Cik Munah, Pekan, Pahang.(27) Berdasarkan kepada tahun yang dicatatkan pada batu nesan tersebut enunjukkan bahawa Islam telah disebarkan di situ selewat-lewatnya pada abad ke-11. Penemuan batu nisan Shaykh Abdul Kadir Ibn Husayn Shah Alirah bertarikh 290H/902M di Tanjung Aris  (Inggeris), Alor Setar pula menunjukkan bahawa Islam telah tersebar lebih awal dfi rantau ini. Berdasarkan tahun yang dicatatkan, Islam berkemungkinan telah diperkenalkan di kawasan tersebut seawal-awalnya pada abad ke-10.(28)
Selain penemuan-penemuan ini terdapat juga penemuan lain yang menunjukkan bahawa Islam telah diperkenalkan di rantau ini jauh lebih awal daripada pembentukan kerajaan Perlak. Penemuan dinar Kelantan yang bertarikh 577H/1181M menunjukkan bahawa Islam telah diamalkan dan berpengaruh di negeri tersebut menjelang abad ke-12.(29) Kesemua penemuan ini menunjukkan bahawa Islam telah diperkenalkan di rantau ini jauh lebih awal daripada kewujudan kerajaan Perlak sebagaimanan yang dilapor oleh  Marco Polo. Laporan Marco Polo bolehlah disimpulkan sebagai satu pembuktian bahawa menjelang abad ke-13 Islam telah bertapak kukuh dan berkembang pesat di rantau ini.
Penyebaran agama Islam ke Alam Melayu tidak dapat dipisahkan daripada peranan yang dimainkan olerh bahasa Melayu dan tulisan Arab. Dalam huraiannnya tentang tarikh bila Islam diperkenalkan ke Alam Melayu, HAMKA tidak melanjutkan huraiannya yang berkaitan dengan pengenalan huruf-huruf Arab dan hubungannya dengan penyebaran agama Islam, walaupun beliau ada menyebut tentang kepentingan batu bersurat Terengganu.(30) Terdapat kemungkinan ketika HAMKA membuat kajian tentang penyebaran Islam ke Alam Melayu kajian tentang batu bersurat Terengganu ini masih belum dibuat secara terperinci. Walau bagaimanapun, kajian terperinci tentang batu bersurat ini telah dilakukan oleh Syed Muhammad Naguib al-Attas. Hasil penyelidikannya, batu bersurat yang ditemui di Kuala Brang, Terengganu ini adalah bertarikh 1302 Masihi.(31) Penemuan batu bersurat ini amat signifikan dalam kajian sejarah penyebaran Islam ke rantau ini kerana penemuannya melengkapkan maklumat yang diberikan oleh Marco Polo, iaitu terdapatnya  penempatan umat Islam yang awal di kawasan tersebut, lebih awal dari tarikh yang tercatat pada batu bersurat tersebut.
Walaupun secara muktamad tarikh sebenar Islam disebarkan ke Alam Melayu sukar ditentukan oleh HAMKA dan para sarjana yang lain, namun dengan wujudnya kerajaan Islam menjelang abad ke-13 membolehkan Islam berkembang dengan pesat ke kawasan-kawasan di sekitarnya pada abad-abad berikutnya.(32) Maklumat ini amat penting bagi menangkis hujah dan putar belit fakta sejarah yang dikemukakan oleh orientalis Barat yang yang cuba menyimpulkan bahawa penerimaan agama Islam oleh orang Melayu adalah fenomena menjelang kedatangan kuasa Barat dan Kristian pada abad ke-16. Ini termasuklah pandangan popular yang dikemukakan oleh seorang sarjana Belanda yang mengkaji tentang penyebaran Islam di Alam Melayu, iaitu B. Schrieke yang mengatakan bahawa pengislaman yang berlaku di Alam Melayu hanya berkembang pesat menjelang abad ini berikutan berlakunya persaingan antara pedagang Islam dengan orang Portugis yang sampai ke kemuncaknya dengan penaklukan ke atas Melaka pada tahun 1511.(33)
Isu kedua yang mencetuskan polemik tentang penyebaran Islam di Alam Melayu yang dibincangkan dengan ilmiah oleh HAMKA adalah berkaitan dengan asal-usul pendakwah yang menyebarkan ajaran Islam kepada orang Melayu. HAMKA dengan tegas menyanggah pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana dan orientalis Barat tentang asal-usul pendakwah ini dengan bersandarkan kepada sumber rujukan bagi kajian penyebaran Islam ke Alam Melayu. Walaupun pelbagai teori tentang asal-usul pendakwah ini telah dikemukakan oleh para sarjana, termasuklah pendakwah yang berasal dari Champa dan China, namun yang paling jelas penumpuan lebih diberikan kepada pendakwah yang berasal dari India dan Semenanjung Tanah Arab. Sebahagian besar para orientalis dan sarjana Barat yang mengkaji tentang penyebaran Islam ke Alam Melayu bersepakat membuat kesimpulan bahawa Islam yang dibawa ke rantau ini adalah dibawa dari Benua Kecil India bukan dari tempat-tempat lain, termasuklah dari Semenanjung Tanah Arab atau Parsi.(34)
Dalam tulisannya, HAMKA menolak sama-sekali pendapat yang dikemukakan oleh para orientalis dan sarjana Barat ini. Beliau berpendapat bahawa pandangan yang dikemukakan oleh mereka ini adalah tidak bersikap jujur dan merupakan pandangan yang mempunyai motifnya yang tersendiri sebagaimana yang diungkapkan:
“…nampaknya adalah sebagai satu percubaan yang amat teratur untuk menghilangkan keyakinan negeri-negeri Melayu tadi tentang hubungan rohani yang mesra antara mereka dengan Tanah Arab sebagai sumber pertama dari Islam.”(35)
HAMKA menyanggah pandangan yang diberikan oleh sarjana dan orientalis Barat kerana mereka menolak teori yang mengatakan bahawa Islam yang disebarkan ke Alam Melayu dibawa langsung dari Semenanjung Tanah Arab, Sebaliknya, fakta yang seolah-olah diterima secara mutlak mengatakan bahawa Islam dibawa ke rantau ini adalah dari Benua Kecil India. Sebenarnya teori yang mengatakan bahawa pendakwah yang memainkan peranan mengislamkan orang Melayu berasal dari India pada mulanya telah dikemukakan oleh seorang sarjana Belanda bernama Pijnappel. Beliau adalah seorang profesor Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda yang banyak membuat kajian tentang agama Islam di Alam Melayu. Walaupun dalam kajiannya Pijnappel tidak menolak kemungkinan bahawa Islam yang dibawa ke rantau ini diperkenalkan oleh orang Arab, namun beliau berpendapat mereka ini tidak datang terus dari Semenanjung Tanah Arab, tetapi sebaliknya datang melalui Gujerat dan Malabar.(36)


RANCANGAN TAHUNAN
PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 1
MINGGU
TOPIK/BIDANG PEMBELAJARAN
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
CATATAN
1
DUNIA SAYA YANG INDAH
1.Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

1.1        Mengetahui  keunikan alam


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
1.1.1     Menyatakan keadaanalam di
kawasan tempat tinggal
1.1.2     Menceritakan kepelbagaian
 ciptaan Tuhan
1.1.3     Menghargai alam ciptaan
Tuhan
1.1.4     Melibatkan diri dalam
 menjaga keindahan alam
1.1.5     Mengamalkan sikap menghargai
            alam ciptaan Tuhan











2
DUNIA SAYA YANG INDAH
1.Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara
1.1        Mengetahui  keunikan alam

1.1.5     Mengamalkan sikap
menghargai alam ciptaan
Tuhan
1.1.3     Menghargai alam ciptaan
 Tuhan

1.1.4     Melibatkan diri dalam
 menjaga keindahan alam











3
SAYA BAIK HATI
2. Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

2.1        Membantu keluarga

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

2.1.1     Menceritakan sifat baik hati
 yang ada pada diri
2.1.2     Menyenaraikan cara
 membantu keluarga
2.1.4     Menghulurkan bantuan
 kepada ahli keluarga


4
SAYA BAIK HATI
2. Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

2.1        Membantu keluarga

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

2.1.2     Menyenaraikan cara
 membantu keluarga
2.1.3     Menyedari perasaan ahli
 keluarga yang memerlukan
 bantuan
2.1.4     Menghulurkan bantuan
 kepada ahli keluarga


5
SAYA BAIK HATI
2. Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

2.1        Membantu keluarga

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
2.1.1     Menceritakan sifat baik hati yang
ada pada diri
2.1.2     Menyenaraikan cara membantu
 keluarga
2.1.4     Menghulurkan bantuan kepada ahli
 keluarga
2.1.5     Menunjukkan cara membantu
 keluarga



6
SAYA BERTANGGUNGJAWAB
3. Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

3.1        Melaksanakan tanggungjawab diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

3.1.1     Menyenaraikan tanggungjawab diri
3.1.2     Menyatakan kepentingan
 melaksanakan tanggungjawab diri
3.1.3     Melaksanakan tanggungjawab diri


7
SAYA BERTANGGUNGJAWAB
3. Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

3.1        Melaksanakan tanggungjawab diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

3.1.1     Menyenaraikan tanggungjawab diri
3.1.2     Menyatakan kepentingan
 melaksanakan tanggungjawab diri
3.1.3     Melaksanakan tanggungjawab diri


8
SAYA BERTERIMA KASIH
4. Berterima kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

4.1        Mengamalkan sikap berterima
 kasih


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

4.1.1     Mengucapkan terima kasih dalam
 pelbagai bahasa
4.1.4     Memberi penghargaan melalui
 pelbagai cara


9
SAYA BERTERIMA KASIH
4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

4.1        Mengamalkan sikap berterima
 kasih


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

4.1.1     Mengucapkan terima kasih dalam
 pelbagai bahasa
4.1.2     Mengenali pelbagai cara memberi
 penghargaan
4.1.3     Menyatakan perasaan
 penghargaan atas pemberian yang
 diterima


10
SAYA BERTERIMA KASIH
4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian
4.1        Mengamalkan sikap berterima
 kasih


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

4.1.4     Memberi penghargaan melalui
pelbagai cara
4.1.5     Menunjukkan cara memberi
 penghargaan


11
SAYA SENTIASA BERSOPAN
5. Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

5.1        Menunjukkan adab dalam tutur
 kata dan tingkah laku


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

5.1.1     Mengenal pasti tutur kata dan
 tingkah laku yang bersopan
5.1.2     Menyedari kesan tutur kata dan
 tingkah laku yang bersopan
5.1.4     Menunjukkan cara berkomunikasi
dengan beradab sopan dalam tutur
kata dan tingkah laku


12
SAYA SENTIASA BERSOPAN
5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

5.1        Menunjukkan adab dalam tutur
 kata dan tingkah laku

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

5.1.2     Menyedari kesan tutur kata dan
tingkah laku yang bersopan
5.1.3     Mengamalkan tutur kata dan
tingkah laku yang bersopan



13
SAYA SENTIASA BERSOPAN
5. Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

5.1        Menunjukkan adab dalam tutur
 kata dan tingkah laku

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

5.1.2     Menyedari kesan tutur kata dan
 tingkah laku yang bersopan
5.1.1     Mengenal pasti tutur kata dan
tingkah laku yang bersopan


14
HORMAT DIRI KITA
6. Hormat

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan
6.1        Menghormati diri

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

6.1.1     Menyatakan cara menjaga
 kehormatan diri
6.1.2     Menghormati diri sendiri

15
HORMAT DIRI KITA
6. Hormat

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan
6.1        Menghormati diri

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
6.1.1     Menyatakan cara menjaga
kehormatan diri
6.1.2     Menghormati diri sendiri
6.1.3     Menghormati setiap individu seperti
menghormati diri sendiri
6.1.4     Menghormati peraturan dalam
 aktiviti seharian


16
HORMAT DIRI KITA
6. Hormat

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan

6.1        Menghormati diri

Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

6.1.3     Menghormati setiap individu seperti
 menghormati diri sendiri


17
SAYA SAYANG DIRI SAYA
7. Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

7.1        Menyayangi diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

7.1.1     Menyatakan cara menjaga
 kebersihan diri
7.1.2     Menyatakan cara menjaga
keselamatan diri


18
SAYA SAYANG DIRI SAYA
7. Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

7.1        Menyayangi diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:


7.1.1     Menyatakan cara menjaga
kebersihan diri
7.1.2     Menyatakan cara menjaga
 keselamatan diri


19
SAYA SAYANG DIRI SAYA
7. Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

7.1        Menyayangi diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

7.1.3     Menghargai diri dengan menjaga
 kebersihan diri
7.1.2     Menyatakan cara menjaga
 keselamatan diri
7.1.4     Menghargai diri dengan menjaga
keselamatan diri

20
SAYA SAYANG DIRI SAYA
7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

7.1        Menyayangi diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
7.1.1     Menyatakan cara menjaga
kebersihan diri
7.1.5     Menjaga kebersihan diri
7.1.4     Menghargai diri dengan menjaga
 keselamatan diri
 7.1.6    Menjaga keselamatan diri


21
SAYA BERSIKAP ADIL
8. Keadilan

Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

8.1        Mengamalkan sikap adil dalam
 perlakuan seharian


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

8.1.1     Menyatakan contoh keadilan dalam
perlakuan seharian
8.1.3     Menyedari kesan ketidakadilan
 dalam perlakuan seharian
8.1.4     Bertindak adil dalam perlakuan
 seharian














22
SAYA BERSIKAP ADIL
8. Keadilan

Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

8.1        Mengamalkan sikap adil dalam
 perlakuan seharian


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

8.1.1     Menyatakan contoh keadilan dalam
            perlakuan seharian
8.1.3     Menyedari kesan ketidakadilan
 dalam perlakuan seharian
8.1.4     Bertindak adil dalam perlakuan
 seharian


23
SAYA SEORANG YANG BERANI
9. Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah


9.1        Mengamalkan sikap berani
mempertahankan maruah diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

9.1.3     Mengamalkan sikap berani dalamaktiviti seharian


9.1.1     Menceritakan perlakuan berani
mempertahankan maruah diri


25
SAYA SEORANG YANG BERANI
9. Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah

9.1        Mengamalkan sikap berani
 mempertahankan maruah diri
Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

9.1.3     Mengamalkan sikap berani dalam
 aktiviti seharian



26
SAYA YANG JUJUR
10. Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

10.1      Mengamalkan sikap jujur dalamdiri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
10.1.1   Menceritakan perlakuan jujur
10.1.3   Menyedari kelebihan bercakap
benar kepada diri dan orang lain
10.1.4   Mengamalkan sikap bercakap
 benar dalam perlakuan harian


27
SAYA YANG JUJUR
10. Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

10.1      Mengamalkan sikap jujur dalam
 diri



Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

10.1.2   Menyatakan sebab perlunya
 bercakap benar
10.1.3   Menyedari kelebihan bercakap
 benar kepada diri dan orang lain
10.1.4   Mengamalkan sikap bercakap
benar dalam perlakuan hari


28
SAYA YANG JUJUR
10. Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan
10.1      Mengamalkan sikap jujur dalam diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:


10.1.4   Mengamalkan sikap bercakap
benar dalam perlakuan harian


29
RAJIN MEMBAWA JAYA
11. Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

11.1      Mengamalkan sikap rajindalam
 perlakuan harian


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

11.1.1   Menyatakan ciri-ciri kerajinan
 dalam diri
11.1.2   Menyedari kebaikan mengamalkan
 kerajinan
11.1.3   Mengamalkan sikap rajin dalam
 aktiviti seharian












30
RAJIN MEMBAWA JAYA
11. Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

11.1      Mengamalkan sikap rajindalam
perlakuan harian
Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

11.1.2   Menyedari kebaikan mengamalkan
 kerajinan
11.1.3   Mengamalkan sikap rajin dalam
 aktiviti seharian


31
RAJIN MEMBAWA JAYA
11. Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara


11.1      Mengamalkan sikap rajindalam
 perlakuan harian


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

11.1.1   Menyatakan ciri-ciri kerajinan
 dalam diri

11.1.2   Menyedari kebaikan mengamalkan
kerajinan


32
AYUH BEKERJASAMA
12. Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

12.1      Bersedia memberi kerjasama
 kepada individu yang memerlukan


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

12.1.1   Menyatakan kebaikan bekerjasama
12.1.2   Menyenaraikan aktiviti yang boleh
 dilakukan bersama-sama
12.1.3   Menceritakan perasaan setelah
melaksanakan aktiviti
bersama-sama


33
AYUH BEKERJASAMA
12. Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

12.1      Bersedia memberi kerjasama
 kepada individu yang memerlukan


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
12.1.2   Menyenaraikan aktiviti yang boleh
 dilakukan bersama-sama

12.1.3   Menceritakan perasaan setelah
 melaksanakan aktiviti
bersama-sama
12.1.4   Menjalankan aktiviti bersama-sama











34
AYUH BEKERJASAMA
12. Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

12.1      Bersedia memberi kerjasama
 kepada individu yang memerlukan


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

12.1.2   Menyenaraikan aktiviti yang boleh
dilakukan bersama-sama
12.1.3   Menceritakan perasaan setelah
melaksanakan aktiviti
bersama-sama
12.1.4   Menjalankan aktiviti bersama-sama















35
AYUH BEKERJASAMA
12. Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

12.1      Bersedia memberi kerjasama
 kepada individu yang memerlukan


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

12.1.1   Menyatakan kebaikan bekerjasama

12.1.3   Menceritakan perasaan setelah
melaksanakan aktiviti
bersama-sama
12.1.4   Menjalankan aktiviti bersama-sama


36
SAYA BERSIKAP SEDERHANA
13. Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

13.1      Mengamalkan sikap sederhana dalam diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

13.1.1   Menyatakan perlakuan sederhana
 dalam diri


13.1.2   Menceritakan kepentingan bersikap
 sederhana
13.1.3   Mengamalkan perlakuan
 sederhana dalam aktiviti seharian



37
SAYA BERSIKAP SEDERHANA
13. Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

13.1      Mengamalkan sikap sederhana
 dalam diri
Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

13.1.2   Menceritakan kepentingan bersikap
 sederhana

13.1.3   Mengamalkan perlakuan
 sederhana dalam aktiviti seharian


38
SAYA BERSIKAP SEDERHANA
13. Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

13.1      Mengamalkan sikap sederhana
 dalam diri


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

13.1.3   Mengamalkan perlakuan
 sederhana dalam aktiviti seharian


39
SAYA BERTOLAK-ANSUR
14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

14.1      Bersedia memberi kerjasama
 kepada individu yang memerlukan


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

14.1.1   Menyatakan cara bertolak ansur
14.1.2   Menyedari kebaikan bersikap
 toleransi
14.1.3   Mengamalkan sikap toleransi
 dalam aktiviti seharian


40
SAYA BERTOLAK-ANSUR
14. Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

14.1      Bersedia memberi kerjasama
 kepada individu yang memerlukan


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

14.1.1   Menyatakan cara bertolak ansur

14.1.2   Menyedari kebaikan bersikap
 toleransi
14.1.3   Mengamalkan sikap toleransi
 dalam aktiviti seharian


41
SAYA BERTOLAK-ANSUR
14. Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

14.1      Bersedia memberi kerjasama
 kepada individu yang memerlukan


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:

14.1.1   Menyatakan cara bertolak ansur
14.1.2   Menyedari kebaikan bersikap
 toleransi
14.1.3   Mengamalkan sikap toleransi
 dalam aktiviti seharian



42
SAYA BERTOLAK-ANSUR
14. Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup
14.1      Bersedia memberi kerjasama
 kepada individu yang memerlukan


Pada akhir pembelajaran,  murid dapat:
14.1.1   Menyatakan cara bertolak ansur
14.1.2   Menyedari kebaikan bersikap
 toleransi
14.1.3   Mengamalkan sikap toleransidalam aktiviti seharian