Wednesday 8 August 2012

NOTA BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 1
Pendidikan Pemulihan
 Konsep, Objektif, dan Rasional Pendidikan Pemulihan
 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan
 Jenis Pendidikan Pemulihan
 Ciri Murid Pemulihan

1.1 Sipnosis
Program Pemulihan telah dilaksanakan semenjak tahun 60-an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai 3M. Penguasaan kemahiran asas 3M di peringkat awal terutama di Tahun 1 adalah amat penting untuk mengatasi „Academic Deficit’ dalam kalangan murid-murid sekolah rendah daripada berterusan hingga ke sekolah menengah Dengan demikian program KBSR menitikberatkan strategi pengajaran secara kumpulan. Dalam hubungan ini, murid-murid diajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas 3M tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid-murid yang masih belum berjaya menguasai kemahiran tertentu, mereka haruslah menjalani satu program pemulihan. Melalui program pendidikan pemulihan ini sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa. 

1.2 Hasil Pembelajaran
i. Menjelaskan konsep, objektif dan rasional pendidikan pemulihan serta masalah penguasaan pembelajaran;
ii. Mengenal pasti perbezaan di antara Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan;
iii. Menyenaraikan jenis-jenis pemulihan; dan
iv. Mengenalpasti ciri-ciri murid pemulihan.


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2
1.3 Kerangka Konsep
PENDIDIKAN PENDIDIKAN PEMULIHAN IMBUHAN
JENIS CIRI MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN PEMULIHAN
PEMULIHAN
BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.4.1 Definisi
i. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.


ii. Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

iii. O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

iv. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

v. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

vi. Tansley (1967) :
„ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.‟
vii. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):
„..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.‟
viii. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984):
„...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.‟
ix. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986):
„...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini‟. 1.4.2 Konsep Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas. Rumusan
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa 1.4.3 Program Pemulihan “... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah...” (Buku Panduan Am KBSR, 1982) Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti. Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas. Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.
BMM 3106

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.4.4 Rasional
i. Dari sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap
murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”.
ii. Dari sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”, “Precision Teaching”, dan Clinical Teaching” telah terbukti berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini.
iii. Dari sudut Pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.


RASIONAL PEMULIHAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
 Mengembangkan potensi individu
Mengatasi masalah rendah diri murid
Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran
Perbezaan Murid
 Pengalaman
 Minat
 Kebolehan
Meningkatkan penguasaan kemahiran
Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.4.5 Punca dan Bidang Kuasa
i. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979
(Perakuan 5): “Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu”.
ii. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran
 Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
 Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986)
 Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.
(Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah) 1.4.6 Objektif Program Pemulihan adalah;
i. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka;
ii. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain;


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iii. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;
iv. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa;
v. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran;
vi. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran;
vii. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan
viii. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.
1.4.7 Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas
i. Luar Negara
 US berkembang pesat selepas termaktub PL 94-142
 UK selepas Laporan Warnock
ii. Dalam Negara
 bermula 1965 – 3 guru dapat latihan dari England
 1968 - 9 guru lagi dihantar berkursus
 Projek Khas Universiti Malaya
 Pendidikan Imbuhan dapat sumbangan dari Yayasan Van de Leer Belanda
 Latihan Guru: sebagai kursus dalam perkhidmatan
 Penuh Masa atau dalam cuti dari 2 hari hingga 1 tahun (KSPK)
 Mulai 2001 ditawar sebagai pengkhususan untuk KDPM sepenuh masa (3 tahun)
 2007 Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan perhatian serius.
Pernah disarankan di England bahawa kanak-kanak yang mengalami handicap atau suatu keadaan yang boleh menghalang pencapaian suatu tahap pembelajaran yang boleh dicapai oleh kanak-kanak biasa, didedahkan kepada enam jenis pendidikan.


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

a. Pendidikan Imbuhan Untuk kanak-kanak dari persekitaran yang serba kurang atau yang miskin, yang mengalami sekatan budaya untuk perkembangan pembelajaran mereka. b. Pendidikan Penyesuaian Untuk kanak-kanak yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan kehendak kurikulum. Kurikulum yang digubal terpaksa diubahsuaikan. c. Pendidikan Khas Untuk kanak-kanak yang buta, pekak atau cacat anggota. d. Pendidikan Khas yang Diubahsuaikan Untuk kanak-kanak yang separuh cacat atau yang mengalami penyakit gila babi, darah tinggi, kencing manis, jantung berlubang atau sebagainya yang menjadi penghalang kepada pencapaian pembalajaran biasa. e. Pendidikan Rawatan Untuk kanak-kanak yang mengalami masalah tekanan emosi atau yang berkelakuan kurang laras, yang menghalang pencapaian pembelajaran biasa. f. Pendidikan Pemulihan Untuk kanak-kanak yang mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
1.4.8 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan
Konsep pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan mempunyai perkaitan yang amat erat. Kedua-dua konsep ini mengandungi banyak unsur yang bertindan lapis di antara satu sama lain.
Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam khas. Aktiviti-aktiviti pemulihan ini biasanya dijalankan dalam suatu tempoh masa yang pendek, iaitu selepas pengajaran kemahiran asas, manakala


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

pendidikan imbuhan pula, merupakan satu program pendidikan yang meliputi bukan sahaja usaha-usaha mengatasi kelemahan pembelajaran tetapi juga usaha-usaha untuk mencegah berlakunya sebarang masalah pembelajaran murid dari peringkat awal. Berbanding dengan pendidikan pemulihan, skop kajian pendidikan imbuhan lebih meluas kerana pendidikan imbuhan meliputi bukan sahaja unsur-unsur pedagogi dalam kelas seperti pendidikan pemulihan, tetapi juga unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar kelas. Konsep pendidikan imbuhan muncul disebabkan ketidakseimbangan peluang pendidikan antara golongan berada dan miskin. Ini bermaksud kanak-kanak dalam golongan bawahan tidak mendapat kemudahan pelajaran yang sepatutnya. Peluang-peluang untuk mendapat pendidikan itu banyak direbut oleh mereka dari golongan atasan. Murid-murid miskin dan kurang bernasib baik menghadapi kekurangan dari segi kemudahan pelajaran, motivasi pembelajaran, kesihatan, kewangan, pendedahan pengetahuan dan sebagainya. Justeru untuk merapatkan jurang perbezaan ini Pendidikan Imbuhan telah di rancang khas dan merupakan pendekatan yang berkesan. Sehubungan itu Pendidikan Imbuhan menitiberatkan perkara-perkara berikut.:
i. Tindakan-tindakan diambil di peringkat awal eperti menjalankan ujian diagnostik untuk mengesan punca masalah
ii. Penentuan objektif projek yang nyata
iii. Rancangan pengajaran dan pembelajaran disusun dengan rapi untuk mengatasi serta mencegah masalah pembelajaran
iv. Pengubahsuaian kurikulum, bahan pelajaran, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran
v. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti
vi. Koordinasi dengan agensi-agensi yang boleh member sumbangan untuk program kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan sebagainya.


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
1.4.9 Jadual Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan
Pendidikan Pemulihan
Pendidikan Imbuhan
1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.
2. Rancangan pembelajaran ditumpu khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca , menulis dan mengira.
3. Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah.
4. Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaram dalam bilik darjah.
5. Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid di sekolah rendah dan menengah.
6. Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi.
2. Rancangan pelajaran untuk semua mata pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid.
3. Skop kajiannya meliputi pedagogi dalam bilik darjah, serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.
4. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.
5. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di peringkat prasekolah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.
6. Objektif utama ialah untuk merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin.
Mok Soon Sang. 1991:158 1.4.10 Jenis-Jenis Program Pemulihan i. Pemulihan Dalam Kelas
a) Pemulihan KBSR
 dalam kelas biasa
 membantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

d. Subjek yang diuji
 BM dan Matematik
 Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan maklumat yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid
e. Pembinaan Ujian
Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : Kemahiran yang hendak diuji
 Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
 Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.
 Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.
 Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.
 JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek
 Jumlah item hendaklah ganjil – 5 hingga 9 – perlu ada contoh
 Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana dan susah
 Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat
 Bentuk soalan:
- padanan / suaian
- pelbagai pilihan / diskriminasi
- mengisi tempat kosong
- benar / salah
f. Pentadbiran Ujian
 dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat
 secara kumpulan atau individu
 ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan,


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.
 Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa
 Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan
 pemerhatian guru perlu semasa ujian
 Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.
 jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan – hentikan ujian
 Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi
g. Analisis Ujian
 dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji
 jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran
 jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran
 Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam Borang Analisis
 Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain
h. Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran
 Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka objektif pengajaran dan pembelajaran
Contoh:
- Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul
- Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Murid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. Murid pemulihan khas adalah murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran. Manakala murid bermasalah pembelajaran pula telah diakui oleh pakar perubatan menghadapi masalah disebabkan oleh faktor kognitif. Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan, strategi dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan murid, mereka akan pulih kerana mereka bukan bermasalah disebabkan oleh faktor kognitif.
iv. Ujian Diagnostik Pengamatan
a. Rasional Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.
b. Apa itu pengamatan:
- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” - mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan.
- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.
c. Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan:
 Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.
 Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan
BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
31
antara satu-satu objek
 Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.
 Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.
 Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.
 Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
d. Komponen Ujian Pengamatan:
 Diskriminasi yang sama (Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
 Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
 Diskriminasi saiz (Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
 Diskriminasi kedudukan (Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,


 Koordinasi Motor –mata –tangan.
BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.
 Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.
 Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.
 Turutan (Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.
 Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.
 Menyalin (Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.
e. Panduan melaksanakan ujian pengamatan
 Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang dalam komponen pengamatan.
 Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan.
 Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
 Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
 Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
 Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.4.11 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas
 Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik
 Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
 Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
 Menentukan kumpulan murid
 Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar
 Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai
 Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
 Menyediakan bahan Pemulihan Khas
 Menyediakan aktiviti
2.4.12 Penilaian
 Bentuk ujian – formatif, sumatif, pencapaian
 Analisis
 Keputusan – meneruskan program atau balik ke kelas biasa
2.4.13 Tindakan Susulan
 Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu dilaksanakan secara berterusan
2.4.14 Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas
Pemulihan Biasa
Pemulihan Khas
 guru ada asas latihan keguruan
 ada asas perguruan dan kursus khas
 dijalankan semasa proses p - p kelas biasa
 dijalankan pada waktu tertentu
 perlu pada setiap mata pelajaran
 hanya melibatkan mata-mata pelajaran

BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pemulihan Biasa
Pemulihan Khas
yang diajar
Bahasa Melayu dan Matematik
 murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan
 murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan
 ujian bulanan atau penggal
 ujian pencapaian bagi setiap kemahiran
 tidak perlu ujian saringan atau diagnostik
 perlu ujian saringan dan diagnostik
 tidak memerlukan rekod yang terperinci
 penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting
 kekal dalam kelas
 murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran
 pemulihan dilakukan secara umum
 pemulihan dilakukan secara khusus
 murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran
 keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas
 pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru
 perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah
 bilangan murid tidak dihadkan
 bilangan murid maksimum 15 orang
 jadual berdasarkan mata pelajaran yang diajar
 jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pemulihan Biasa
Pemulihan Khas
 terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajar
 perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah
Daripada maklumat banding beza di atas, cuba anda rumuskan konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda.
Rumusan: Sebelum guru melaksanakan kelas pemulihan, guru haruslah memahami dengan mendalam prinsip-prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dapat mencapai objektifnya. Guru juga perlu menguasai beberapa kaedah pengajaran sebelum merancang aktiviti.
Aktiviti 2
1. Nyatakan perbezaan pelaksanaan aktiviti pemulihan di dalam kelas biasa dan Pemulihan Khas. Berikan contoh-contoh yang sesuai.
2. Pilih dua kemahiran lisan dan satu kemahiran bacaan daripada sukatan pelajaran tahap satu.
a. Tuliskan objektif pelajaran yang hendak dicapai melalui kemahiran tersebut.
b. Rancangkan langkah-langkah pemulihannya.
3. Apakah yang harus diambil kira ketika membahagikan murid-murid pemulihan kepada kumpulan-kumpulan tertentu ?


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.1 Sinopsis Masalah pembelajaran bahasa boleh dikesan dalam semua bidang kemahiran bahasa , iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain bidang kemahiran bahasa, masalah pembelajaran boleh juga dilihat dalam pelbagai aspek bahasa seperi aspek fonologi, ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, dan sematik. Sehubungan iu, sebahagian besar daripada masalah pembelajaran ini adalah dihasilkan oleh pengaruh latar belakang murid. Justeru keanekaan latar belakang dari pelbagai bangsa, bahasa, agama dan kebudayaan itu juga merupakan masalah dan cabaran bagi guru yang mengajar bahasa khasnya Bahasa Melayu . 3.2 Hasil Pembelajaran
i. Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti kemahiran lisan;
ii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti kemahiran membaca;
iii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti kemahiran menulis
Tajuk 3
Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran
 Kemahiran Lisan
 Kemahiran Membaca
 Kemahiran Menulis


BMM 3106
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.3 Kerangka Konsep
3.4 Perkembangan Bahasa Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan 3.4.1 Definisi Bahasa:
i. Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya

No comments:

Post a Comment