Friday 10 August 2012

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN P.JASMANI


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran         :           Pendidikan Jasmani
Tunjang                     :           Kemahiran
Tajuk                          :           Bola Baling
Sub Tajuk                  :           Hantaran Aras Bahu
Tarikh                         :           17/07/2011
Masa                          :           8.00 – 9.30 pagi
Tahun                                    :           4 Dinamik
Bil. Murid                   :           20 orang (11 Lelaki, 9 Perempuan)
Hasil pembelajaran :           Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :-
(a)       Psikomotor
            Melakukan kemahiran hantaran aras bahu dan tepat pada sasaran sekurang-kurangnya 8 daripada 10 kali        percubaan dalam anggaran jarak 5 meter mengikut teknik.

(b)       Kognitif
            Menerangkan perlakuan hantaran aras bahu.
(c)        Afektif
            Kerjasama, berdisiplin, mematuhi arahan dan bertolak ansur.
Pengalaman Sedia Ada     :           Murid pernah melihat permainan bola baling di televisyen.
Penerapan nilai                   :           Kerjasama dan berdisiplin
KBKK                                     :           Membanding beza
Penggabungjalinan                        :           Sains dan matematik
Kesepaduan                         :           Koordinasi
Bahan Bantu Mengajar      :           Bola baling (20 biji), wisel (1 biji), kon kecil (4 buah), selendang (10 helai)





Bahagian / Masa
Aktiviti
Fokus pembelajaran
Organisasi
Catatan / Alatan

Permulaan
(+- 3 minit)

Memanaskan badan
·         Berlari kapal terbang

·         Murid-murid berselerak dalam kawasan kon.
·         Tangan didepakan seperti sayap kapal terbang.
·         Mata melihat hadapan mencari ruang kosong.
·         Berlari atas bebola kaki.
·         Berbunyi seperti kapal terbang.



G

Alatan :
Kon kecil  -  4

Regangan individu
·         Regangan pinggang
·         Berdiri tegak, kaki dibuka luas paras bahu.
·         Bongkokkan badan dan tangan diluruskan.
·         Sentuh lantai dengan kedua belah tangan dan kira dari nombor 1 hingga 8.
·         Elakkan dari menghenjut.
·         Ulang aktiviti 3 kali.


G



Regangan berpasangan
·         Tolak tapak tangan kawan

·         Murid-murid berselerak dalam kawasan kon secara berpasangan.
·         Guru buat demonstrasi dan murid melakukan aktiviti.
·         Siku lurus.
·         Tapak tangan pasangan saling menyokong.
·         Badan dicondongkan.
·         Kaki kanan dibuka ke depan, kaki kiri dibuka ke belakang.
·         Mata pandang ke hadapan.
·         Buat dengan kiraan sehingga 8.



G


Perkembangan
(30 minit)

Langkah 1
(+- 8 minit)

Gerak kerja individu
·         Hantaran aras bahu tanpa bola.
·         Guru tunjukkan demonstrasi.

Fasa Persediaan
·         Tanpa menggunakan bola sebelah tangan seperti pegang bola berada pada aras bahu.
·         Sebelah kaki di hadapan.
·         Bahu bebas menghala ke sasaran.

Fasa Perlaksanaan
·         Bawa ‘bola’ ke belakang dan tolak bola ke sasaran dengan siku bergerak dahulu.

Fasa Ikut Lajak
·         Bahu dan tangan lurus ke hadapan.
·         Jari dibuka luas.
·         Kaki mengikut lajak.







M    M   M            M       M   M    M    M  M       M
G

Alatan :
Kon kecil  -  4

Langkah 2
(+- 5 minit)

Gerak Kerja Berpasangan
·         Melakukan Hantaran Aras Bahu Kepada Rakan.
·         Jarak Antara 5 Hingga 15 Meter.

Fasa Persediaan
·         Seperti langkah 1 tetapi menggunakan bola.
·         Penghantar menghantar bola pada aras bahu kepada penerima dengan teknik yang betul.

Fasa Perlaksanaan
·         Buat 8 daripada 10 percubaan.
·         Jarak antara penghantar dan penerima adalah 5 meter sehingga 15 meter.
·         Tukar peranan pasangan.

Fasa Ikut Lajak
·         Bahu dan tangan lurus ke hadapan.
·         Jari dibuka luas.
·         Kaki mengikut lajak.



5 meter-15 meter


P                   P
P                   P
P                   P
P                   P
Alatan :
Kon kecil     -  4
Bola baling  - 10

Langkah 3
(+- 5 minit)

Gerak kerja bertiga (berkumpulan)
·         Hantaran aras bahu dalam bentuk segi tiga


Fasa Persediaan
·         Berada di belakang kon dalam bentuk segi tiga.
·         Setiap kumpulan seramai 6 orang.
·         Setiap bucu ada 2 orang ahli kumpulan.
·         Setiap ahli berada dalam keadaan sedia untuk terima bola.

Fasa Perlaksanaan
·         Pemain A menghantar bola kepada pemain C.
·         Seterusnya pemain A belari ke belakang pemain F.
·         Pemain C menghantar bola kepada pemain E dan berlari ke belakang pemain B.
·         Pemain E menghantar kepada pemain B dan terus berlari ke belakang pemain D.

Fasa Ikut Lajak
·         Semasa hantaran dan menyambut bola, sebelah kaki pemain berada di hadapan dan bersedia.
·         Tangan dilurus ke hadapan.







A
B
C
D
E
F
 




Alatan :
Kon kecil     -  3
Bola baling  -  3

Kemuncak
(+- 5 minit)

Permainan kecil :
·         Menyelamatkan Raja dalam kubu.

Syarat permainan.
·         Bahagi kepada 2 kumpulan.
·         Pasukan berselendang melawan pasukan tidak berselendang.
·         Ahli setiap pasukan 9 orang.
·         Setiap pasukan perlu melindungi raja yang berada di dalam kubu daripada terkena bola dari pihak lawan.
·         Murid menggunakan teknik hantaran aras bahu yang dipelajari.
·         Kawasan permainan dalam segi empat kawasan kon.

Arahan:
·         Bola dimulakan di tengah kawasan.
·         Giliran diundi untuk memulakan serangan.
·         Setiap ahli pasukan perlu melindungi raja pasukannya.
·         Apabila ahli mendapat bola, ahli itu dapat membuat serangan kepada raja pihak lawan atau membuat hantaran kepada ahli pasukannya.
·         Pasukan yang paling banyak membuat hantaran bahu tepat ke kaki raja pihak lawan dikira pemenang.
·         Gunakan hantaran aras bahu sahaja.




X
p   p   p   p   p   p

p   p   p   p   p   p
X











X   =   Raja
P   =   pemain

Alatan :
Kon kecil     -  4
Bola baling  -  1
Selendang  -  10
Wisel           -  1

Penutup
(+- 4 minit)

Gerak kendur
·         Lari anak


·         Murid perlu berlari anak mengelilingi kon.
·         Hayun tangan ke atas, sisi dan bawah.
·         Goyangkan kaki dan tangan.



Alatan :
Kon kecil  -  4

Regangan peha

·         Angkat peha kanan dan tahan dalam kiraan 1 hingga 8.
·         Tukar peha.





Regangan tengah


·         Kedua belah tapak tangan dirapatkan ke hadapan.
·         Tangan dihayun ke depan dan belakang sebanyak 8 kali.




Regangan leher
·         Muka pandang ke kiri, tangan menyokong pipi kanan dan sebaliknya.
·         Dongak ke atas dan kira dari 1 hingga 8.





Tarik dan hembus nafas

·         Tunduk ke bawah dalam kiraan 8.
·         Bongkok badan ke bawah dan tarik nafas.
·         Tegakkan badan dan hembus nafas.
·         Ulang aktiviti sebanyak 3 kali.





Membuat rumusan

Soalan :
·         Apakah kegunaan hantaran bola aras bahu semasa di dalam permainan bola baling?

Jawapan :
·         Untuk membuat hantaran jarak jauh ketika dihalang atau semasa tiada halangan.

Soalan :
·         Bagaimana untuk membuat hantaran bola aras bahu?
·         Tunjukkan cara membuat balingan bola tersebut.

Jawapan :
·         Tangan yang hendak membuat balingan ditarik tinggi ke belakang dan dibengkokkan ke siku. Satu kaki diletakkan ke hadapan. Tangan yang memegang bola dilintangakan dan bahu direndahkan semasa melakukan hantaran.




MASALAH-MASALAH SEMASA SESI  PENGAJARAN MIKRO

*      Kawasan :
*      Keluasan kawasan terhad.
*      Kawasan yang tidak sesuai.
*      Kawasan yang tertutup.

*      Alatan :
*      Alatan yang tidak mencukupi dan terhad.
*      Alatan yang tidak sesuai (bola).

*      Arahan :
*      Arahan yang kurang jelas dan perlahan.

*      Kawalan murid-murid :
*      Terkawal dan mudah untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.




REFLEKSI PROSES PELAKSANAAN PENGAJARAN

            Sukan bola baling merupakan salah satu sukan yang terkenal dan diminati ramai di Malaysia. Permainan ini juga terdapat di dalam Sukatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dan salah satu sukan yang senantiasa dipertandingkan.
            Setelah salah satu kemahiran hantaran bola baling iaitu hantaran aras bahu dijalankan kepada murid-murid, didapati bahawa hasil pembelajaran kemahiran ini tercapai dengan jayanya.  Setiap langkah semasa murid-murid membuat kemahiran hantaran ini, didapati murid-murid mudah untuk mengikuti demontrasi yang ditunjukkan terlebih dahulu oleh guru. Contohnya, semasa melakukan hantaran aras bahu, keadaan kaki hendaklah mengikut lajak. Kaki kiri hendaklah ke hadapan sekiranya murid menggunakan tangan kanan untuk memegang bola dan kaki kanan ke hadapan mengikut lajak setelah bola dihantar kepada penerima.
Kemahiran ini amat berkesan kepada murid-murid di dalam permainan bola baling. Hal ini kerana, hantaran aras bahu dapat membuat hantaran jarak jauh kepada penerima apabila terdapat penghalang mahupun tiada penghalang di hadapan. Setiap murid dibekalkan sebiji bola bagi membolehkan mereka membuat hantaran secara individu dengan betul dan tepat di samping guru memberikan perhatian kepada setiap cara hantaran murid-murid tersebut.


LEMBARAN KERJA BOLA BALING (hantaran aras bahu)

1)    Apakah tujuan utama hantaran aras bahu dalam permainan bola baling?

________________________________________________________________________________________________________________________________

2)    Mengapakah jari-jari tangan perlu dibuka luas semasa memegang bola?

________________________________________________________________________________________________________________________________

3)    Mengapakah ikut lajak itu penting semasa melakukan hantaran aras bahu?

________________________________________________________________________________________________________________________________

4)    Bagaimanakah kedudukan kaki semasa balingan hantaran aras bahu dilakukan?

________________________________________________________________________________________________________________________________

5)    Bagaimanakah keadaan tangan dan siku selepas hantaran bola baling aras bahu            dilakukan?

________________________________________________________________________________________________________________________________

6)    Apakah nilai yang boleh diperolehi semasa kemahiran ini dilakukan?

________________________________________________________________________________________________________________________________

NOTA TAMBAHAN

KEMAHIRAN HANTARAN ARAS BAHU
·         Hantaran jenis bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran jauh.
·         Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan.


KEMAHIRAN HANTARAN
*      Bola diletakkan di tapak tangan untuk membuat hantaran.
*      Tangan yang akan membuat hantaran ditarik dan meninggi ke belakang.
*      Tangan dibengkokkan ke siku.
*      Salah satu kaki diletakkan ke hadapan.
*      Tangan yang tidak memegang bola dilintangkan manakala bahu direndahkan sedikit semasa melakukan hantaran. 




RUJUKAN

BUKU ILMIAH :
Chin Choy Lee. (2006). Bola Baling Siri Sukan Popular. Selangor Darul Ehsan: Penerbit          Fajar Bakti.

LAMAN WEB :
Bola Baling. Diakses September 15, 2011 daripada     http://www.scribd.com/doc/13592634/Asas-permainan-bola-baling
Hantaran Aras Bahu. Diakses September 15, 2011 daripada http://zaireey-            myeasyhits4u.blogspot.com/2011/03/kemahiran-asas-bola-baling.html
Bola Baling. Diakses September 15, 2011 daripada www.slideshare.net/furzan/02-bola-            baling



BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA                                                            :SITI AISYAH ZAHIDAH BINTI KAMARUDDIN
                                                            : FATIN NABILA BT MOHD ALIZA
KUMPULAN                                     : PISMP BM (P4B)                                  SEMESTER : 4
MATA PELAJARAN                                    : PJM3110 : KURIKULUM DAN PEDAGOGI PJ
PENSYARAH BIMBINGAN           : EN. SYED AHMAD EZAHAR

TARIKH
PERKARA YANG DIBINCANGKAN
CATATAN
T/TANGAN

Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran



Memahami kehendak soalan tugasan – perbincangan dengan 2 orang ahli kumpulan.



Mencari maklumat dari internet/Pusat Sumber/buku – mendapatkan bantuan daripada Pustakawan.



Menyediakan draf bersama ahli kumpulan.



Menghantar hasil sub-tugasan/draf – semakan dan perbincangan dengan pensyarah pembimbing.



Berbincang dengan ahli kumpulan untuk membaiki draf (sekiranya perlu).



Menghantar hasil sub-tugasan/draf selanjutnya kepada pensyarah pembimbing.



Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah bimbingan.



No comments:

Post a Comment