Tuesday, 2 October 2012

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU- BMM3105


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tahun                        : 5 Delima
Tarikh                         : 3 September 2012
Bilangan Murid        : 30 orang
Mata pelajaran          : Bahasa Melayu
Tema                          : Alam Sekitar
Tajuk                          : Pencemaran Alam
Masa                          : 60 minit
Fokus Utama                        : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat, serta
                                  sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 1 (i)
Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat, serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas .

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 (i)
Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan  pada intonansi berdasarkan tanda baca.

Fokus Sampingan   : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
                                      sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 3 (i)
Menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan  ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan. 

Objektif                       : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i.              Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran air dan udara secara lisan.
ii.            Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai sebab berlaku pencemaran air.
iii.           Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pencemaran dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. 

Kemahiran Bahasa             :i.  Kemahiran bertutur dan mendengar
ii.  menulis

Sistem Bahasa         : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan
                                  intonansi. 


Pengisian kurikulum           :i.  Ilmu  : Bahasa Melayu, Alam sekitar
 ii. Nilai  : Menghayati, menghormati dan menghargai.
 iii.Peraturan Sosiobudaya: Kesantunan bahasa dalam pertuturan.


Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir    : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran
                                      mengkategori.

Kemahiran Belajar      : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. 

Bahan Bantu Mengajar : Power point, buku latihan, kertas mahjong dan alat  tulis.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
                                          pengalaman   mereka mengenai gejala pencemaran
                                          alam sekitarnya dengan cara berdialog dan membina 
                                          ayat dengan menggunakan ayat mudah.     
Langkah / masa
Isi  Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

.




Murid
ditayangkan
power point yang
berkaitan dengan
pencemaran air dan udara sambil mendengar lagu “Hijau”



i)Murid diminta untuk melihat paparan
  power point dan menghayatinya.

ii)Murid diminta untuk membezakan
   pencemaran air dan udara  dan
   menyatakan pengalaman mereka
   sendiri.

iii)Guru mengaitkan dan menjelaskan
    tajuk pengajaran yang akan pelajari 
    pada hari ini.

KB : Menghubungkait,
inferens

BCB: Menonton dengan aktif

BBB : Power point
         



Langkah 1
(15 minit)




Guru memberi
teks cerita yang
berkaitan dengan
Pencemaran.


Guru menayangkan video pencemaran air

dan udara

i)Guru memilih seorang murid untuk
  membaca petikan dengan kuat
  dengan nada dan intonasi  yang
  betul.

ii) Murid-murid yang lain dikehendaki
mendengar dan meneliti petikan
tersebut.

iii)Murid ditayangkan video pendek
    berkaitan pencemaran air dan udara

iv)Guru mengemukakan
soalan kepada murid berkaitan
    dengan petikan yang telah dibaca.



KB : membuat inferens

BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul.



ii) Mendengar dengan aktif.

BBB : Teks cerita,
          Video
        Pencemaran

Langkah 2
(15 minit)




Guru
mengadakan
perbincangan
kumpulan antara
murid-murid  berkaitan punca- punca dan  kesan buruk pencemaran dan membentangankan di hadapan kelas.

i)Murid dibahagikan kepada 5
  kumpulan.


ii)Murid diminta untuk berada dalam
   kumpulan dan membuat
   perbincangan berkaitan punca-
   punca dan kesan buruk akibat
   daripada pencemaran.


iii)Murid dikehendaki membentangkan
   isi- isi penting mengenai punca-
   punca dan kesan buruk pencemaran
   air.
  

iv)Murid disoal oleh guru  berkaitan
dengan tajuk dan pengetahuan
sedia ada mereka.

KB : Menghubungkait,
menjana idea

BCB : Memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.

KP : verbal linguistik,visual,
intrapersonal, interpersonal

Nilai : kerjasama, hormat-
menghormati

BBB : power point


Langkah 3
(20 minit)






Guru memberi
latihan kepada
murid-murid.

Aktiviti Pengayaan: Menulis karangan
Pendek  berdasarkan
tajuk yang diberi iaitu “Pencemaran Air”.

Aktiviti
Pemulihan:
Menyudahkan
petikan karangan yang

diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.

i)Guru bersoaljawab dengan murid
   sekiranya mereka masih  tidak
   memahami tajuk pengajaran pada
   hari ini.

ii)Guru memberi latihan kepada murid
   iaitu membuat karangan pendek
   mengenai sebab-sebab berlakunya   
   pencemaran air dengan
   mengambil isi-isi penting
   daripada petikan.

iii)Guru membimbing kumpulan murid
   yang memerlukan pemulihan dengan
  
menyediakan latihan karangan  yang
   perlu dilengkapkan dengan mengisi 
   tempat kosong.

KB : menjana  idea,
menghubungkait,
membuat inferens.

BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.

KP :

intrapersonal;interpersonal,
visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama,
menghargai,.
BBB : kertas latihan.


Penutup
(5 minit)


.

Guru dan murid- murid membuat  rumusan
Mengenai  pengajaran yang  telah diajar dan
menanyakan soalan kepada  murid akan apa
yang mereka  telah pelajari.

Murid – murid diminta menyatakan nilai- nilai murni yang  terdapat semasa  sesi pengajaran
dan pembelajaran


i)Murid digalakkan supaya mengumpul
  maklumat tambahan daripada bahan-
  bahan yang lain bagi menambahkan
  pengetahuan mereka.

ii)Murid  menyatakan nilai-nilai
  murni yang telah dipelajari pada hari
  ini.



Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama















No comments:

Post a Comment