Friday, 5 October 2012


MINGGU 13 : Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu


  • Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan


Pengenalan
Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang guru ajarkan.


Animasi
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Bentuk Animasi



Jenis-jenis animasi

Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

         


Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

                           




Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak



 






Format penghasilan Animasi
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).

Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet

Cara untuk memuat turun animasi
Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk

MINGGU 14 : Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu



  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran


Pengenalan
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.




Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.

Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i. Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu


Tuesday, 2 October 2012

PRO FORMA BMM 3105 - KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER


PROFORMA BMM 3105

Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Pengajaran Dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
(Computer Aided in Teaching and Learning Malay Language)
Kod Kursus
BMM 3105
Kredit
3 (0 + 3)
Jam Interaksi
90 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.    Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.    Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis
Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on  line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

This course describes the usage of Internet, selection of Internet resources, website, learning homepage; on-line and off-Line learning; link model in organizing resource, linkage within resources; onlline teaching resources editing; using Malay language in Internet; teaching of Malay language through video conferencing, usage of writing tools; animation in presentation; and using learning CDs in teaching and learning Malay language.

Tajuk
Kandungan
Jam
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
·                     Menggunakan web, video, audio, dan imej
·                     Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
·                     Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.
6
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·                     Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
·                     Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
6
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
·                     Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
·                     Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point
6
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
·                     Memilih bahan sastera
·                     Memilih bahan tatabahasa
·                     Memilih bahan bidang ilmu lain
6
5
Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·                     Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·                     Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·                     Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
6
6
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·                     Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
·                     Struktur Linear
·                     Struktur Rangkaian
6
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·                     Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
·                     Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
6
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
·                     Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
·                     Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
6
9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian
·                     Prosedur pengeditan
·                     Prinsip pengeditan
·                     Melaksanakan pengeditan
6
10
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya
·                     Membentangkan hasil kerja antara institut
·                     Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut

6
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
·                     Konferensi secara dalam talian
·                     Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
·                     Merakamkan perbualan
6
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
·                     Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
·                     Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
3
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
·                     Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
·                     Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
·                     Memanipulasi animasi dalam persembahan
6
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
·                     Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
·                     Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
·                     Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
6
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
·                     Mengadakan seminar
·                     Mengadakan pameran
6

JUMLAH
90